TMJ Kurniakan Jam Tangan Rolex Buat Pemain & Staf JDT, Tanda Penghargaan!. Menerusi laman sosial Johor Southern Tigers, Tunku Mahkota Johor yang merupakan pemilik kelab Johor Darul Ta’zim telah mengurniakan jam tangan berjenama Rolex kepada pemain-pemain termasuk juga staff Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) sebagai tanda penghargaan di atas usaha keras dan dedikasi mereka terhadap kelab selama ini.
TMJ Kurniakan Jam Tangan Rolex Buat Pemain & Staf JDT, Tanda Penghargaan!
Antara pemain-pemain JDT yang turut hadir ke butik Rolex antaranya iaitu Aidil Zafuan Abd Radzak, La’Vere Corbin-Ong, Fadhli Shas, Syafiq Ahmad dan Kiko Insa. Selain itu juga yang turut hadir adalah pengurus dan ketua jurulatih Johor Darul Ta’zim, Luciano Figueroa.
Penghargaan sebegini pernah dilakukan oleh pemilik kelab Leicester City, Vichai Srivaddhanaprabha yang menghadiahkan sebuah kereta BMW i8 kepada kesemua pemain-pemain setelah menjulang trofi kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim 2015-2016.
Sudah pastinya dengan pemberian jam tangan berjenama Rolex sedikit sebanyak menjadi pembakar semangat buat pemain Johor Darul Ta’zim dalam mengharungi perlawanan pra-musim di Bangkok. JDT bakal bertemu PTT Rayong FC pada 23 Januari 2019 dalam persiapan terakhir sebelum menjelang Liga Malaysia 2019.
Kredit Foto : Johor Southern Tigers