FIFA Peruntukan Dana USD2 Juta Kepada FAM Bagi Pembinaan Pusat Latihan Moden

FIFA Peruntukan Dana USD2 Juta Kepada FAM Bagi Pembinaan Pusat Latihan Moden. Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) mengumumkan untuk memberi peruntukan berjumlah USD2 juta kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bagi pembinaan pusat latihan moden dan canggih di Putrajaya. Perkara tersebut diucapkan oleh Presiden FIFA, Gianni Infantino semasa bertemu dengan Perdana Menteri, YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya. Turut diiringi Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Dato Haji Hamidin, Presiden Persatuan Bolasepak Jepun (JFA), Kohzo Tashima dan Setiausaha AFC, Datuk Windsor John.

FIFA Peruntukan Dana USD2 Juta Kepada FAM Bagi Pembinaan Pusat Latihan Moden

Pusat latihan serba baharu dan canggih tersebut bakal didirikan di Wilayah Persekutuan Putrajaya dan ianya merupakan salah satu daripada perancangan FAM dalam Roadmap F:30 yang dilancarkan pada tahun lalu.

Infantino berkata, “FIFA  berpendapat sokongan dan bantuan kerajaan amat penting justeru kami amat berbesar hati diberi peluang bertemu Tun Dr. Mahathir dalam kunjungan hormat ini. Kami percaya kerajaan Malaysia boleh menyumbang kepada FAM menerusi kerjasama yang baik dari segi infrastruktur, kewangan dan penajaan.”

FIFA Peruntukan Dana USD2 Juta Kepada FAM Bagi Pembinaan Pusat Latihan Moden

“Kami gembira kerana berpeluang menyaksikan majlis menandatangani  MoU di antara dua ahli gabungan kami yang dipimpin oleh presiden yang bekerja sepenuh masa, lantas membolehkan mereka lebih fokus menguruskan persatuan masing-masing sejajar dengan amalan terbaik urus tadbir FIFA.”

YB Syed Saddil sebagai Menteri Belia dan sukan turut berkata, “Syabas FAM dan JFA memeterai perjanjian secara rasmi hari ini. Detik bersejarah ini akan memperkasakan kerjasama di antara dua negara dalam berkongsi sumber dan ilmu dalam bola sepak.

“Malaysia akan menerima manfaat daripada sebuah negara yang berkedudukan ke-26 dalam ranking FIFA. Ini akan mencetus era baharu dalam sejarah bola sepak kita.

Foto Kredit/ Sumber : FAM

Related Posts

Add Comment