Juara Bertahan Kashima Antlers Hanya Menang Tipis, Farizal Marlias Pamer Aksi Terbaik!

Juara Bertahan Kashima Antlers Hanya Menang Tipis, Farizal Marlias Pamer Aksi Terbaik!. Perlawanan yang dinanti-nantikan antara Johor Darul Ta’zim bertemu kelab wakil Jepun, Kashima Antlers di Stadium Kashima. Sejarah buat kelab dari Malaysia khususnya Johor Darul Ta’zim yang berjaya menempatkan dalam peringkat kumpulan Asia Champions League 2019. JDT memberikan catatan terbaik dalam pasukan itu dalam perlawanan pertama Liga Juara-Juara AFC sebentar tadi kerana hanya tewas tipis 2-1 kepada juara bertahan Kashima Antlers di Kumpulan E.

Separuh masa pertama, kedua-dua pasukan mempamerkan aksi yang bertenaga dan gaya permainan yang pantas. Kesilapan penjaga gol JDT, Farizal Marlias pada minit ke-15 hampir mengundang padah apabila pengadil perlawanan menghadiahkan penalti kepada pasukan lawan. Namun sepakan penalti daripada Serginho berjaya dihidu oleh Farizal Marlias dan keputusan masih terikat 0-0.

Juara Bertahan Kashima Antlers Hanya Menang Tipis, Farizal Marlias Pamer Aksi Terbaik!

JDT hampir mencetakkan gol hasil daripada tandukan bebas Corbin Ong pada minit ke-34 namun tidak menerjah gawang gol. Akhirnya kealpaan benteng pertahanan JDT membuatkan Kashima Antlers mendahului 1-0 apabila Taiki Hirato mencetak gol pada minit ke-43. Babak pertama berakhir memihak kepada Kashima Antlers.

Masuk separuh masa kedua, misi JDT untuk menyamai keputusan di gelanggang lawan. Namun, kesilapan Adam Nor Azlin hampir menghukum apabila larian deras Serginho hampir menjaringkan gol tetapi Adam berjaya mengekang hasil kesilapannya itu.

Tidak lama kemudian, Serginho tidak mempersiakan peluang hasil kesilapan Corbin Ong apabila rembatan derasnya daripada luar kotak penalti membuahkan jaringan kedua buat pasukan Kashima Antlers.

JDT belum berputus asa lagi dimana terus memberi asakan di kubu lawan. Kemasukan Akhyar Rashid pada 10 minit terakhir akhirnya terhasil dimana Diogo berjaya menyambut hantaran baik daripada Hariss Harun pada minit ke-80. Walaupun JDT terus mengasak namun gagal menyamai keputusan.

Perlawanan tamat menyaksikan Kashima Antlers hanya menang tipis 2-1 ke atas Johor Darul Ta’zim. Skuad JDT akan bertemu Gyeongnam FC selepas perlawanan ini dalam perlawanan kedua Liga Juara-Juara AFC 2019.

Kredit Foto : JST

Related Posts

Add Comment