Faiz Nasir ‘Messi Terengganu’ Sah Berhijrah Selangor. Sebelum ini ura-ura Faiz Nasir akan berhijrah ke Melaka United selepas kontraknya ditamatkan. Namun, kini Faiz Nasir jolokan ‘Messi Terengganu’ sah diumumkan sebagai pemain baharu Selangor untuk saingan musim 2019.
Faiz Nasir ‘Messi Terengganu’ Sah Berhijrah Selangor
Pemain yang berusia 26 tahun yang mopmenyinar dalam perlawanan akhir Piala Malaysia 2018 yang lalu, antara pemain baharu keempat yang berhijrah ke pasukan The Red Giants selepas Halim Saari (Kedah), K. Prakabaran (Felda United) dan Norhakim Isa (PKNP FC).
HE’S HERE!
Suka cita diumumkan bahawa beliau kini sah bergelar pemain Selangor untuk musim 2019.
Hantarkan ucapan anda kepada pemain baru ini pada ruangan komen di bawah.
Baca berita sepenuhnya di sini: https://t.co/VVOPkaGXT3#GergasiMerah pic.twitter.com/lzAEkGVkGb
— FA Selangor (@FASelangorMy) December 7, 2018
Menurut Twitter FA Selangor, sukacita dimaklumkan Faiz Nasir sah bergelar pemain Selangor untuk musim 2019.
Selamat datang Faiz Nasir!