Sebentar tadi berakhirnya perlawanan kedua dalam peringkat kumpulan Piala AFF B-22 2019 yang sedang berlangsung di Kemboja. Skuad Harimau Muda Hampir Tewas Dengan Indonesia pada perlawanan kedua ini.
Harimau Muda Hampir Tewas Dengan Indonesia
Nampaknya impian ketua jurulatih Harimau Muda, Datuk Ong Kim Swee masih lagi belum tertunai selepas dua perlawanan. OKS sebelum ini mengatakan bahawa beliau ingin mendapatkan kemenangan sulung Malaysia ketika menentang Indonesia pada hari ini namun hajatnya itu diketepikan oleh Indonesia.
Pada perlawanan ini, Indonesia dua kali berada di hadapan iaitu pada minit 53′ menerusi jaringan gol Marinus Wanewas sebelum pemain tengah Harimau muda menyamakan kedudukan pada minit ke 62″ menerusi Nik Akif.
Sekali lagi Indonesia berada dihadapan pada mini 77″ menerusi jaringan gol Witan Sulaeman. Pada ketika rata-rata peminat bolasepak yang saya lihat di dalam kumpulan-kumpulan sudah berputus harap kepada skuad OKS.
Namun pemain Harimau Muda tidak mudah mengalah rupanya, mereka berjaya menyamakan sekali lagi kedudukan pada minit 87 menerusi pemain kelab jepun Hadi Fayyadh.
Jaringan ini ternyata melegakan peminat yang kembali berharap agar Malaysia mampu untuk bertahan. Walaupun pada mulanya peminat ingin lihat Malaysia berjaya mengutip mata penuh pada perlawanan ini setelah tewas kepada tuan Rumah pada perlawanan sebelum ini.
Keputusan penuh Indonesia 2-2 Malaysia.
Sedikit Ulasan Perlawanan
Nampaknya setelah dua perlawanan, pemain kita Jaffri masih lagi mencari-cari rentak. Dia seperti langsung tidak bermaya diatas padang. Peminat merasakan dia harus direhatkan untuk perlawanan seterusnya kerana dia tidak layak untuk berada di atas padang !
Seperti biasa, Dominic Tan merangkap ketua pasukan mempamerkan aksi yang baik. Dominic banyak membantu Harimau Muda dari dibolosi, rasanya tanpa dominic dalam dua perlawanan ini pasti skuad Negara menjadi skuad “Ayam”
Midfielder pasukan nampak sangat macam budak baru kenal bolasepak kata peminat. Mereka langsung tidak kreatif di bahagian tengah selain hanya mampu melihat bola ketika bertahan. Maka dua gol berjaya dijaringkan oleh Indonesia adalah silap Midfielder yang hanya tahu berjogging di atas padang.
Harimau Muda Layak Ke Pusingan Berikutnya
Jika anda tertanya sama ada adakah pasukan ini layak untuk pergi ke peringkat berikutnya ini adalah jawapan kepada persoalan anda tersebut.
Harapan itu masih ada namun Harimau Muda kena All Out untuk perlawanan ketiga mereka dan menang besar jika ingin benar-benar layak untuk ke pusingan berikutnya. Wajib menang dan tidak boleh seri atau kalah.