JDT Tersenarai Dalam 100 Laman Sosial Berpengaruh Bola Sepak Dunia

JDT Tersenarai Dalam 100 Laman Sosial Berpengaruh Bola Sepak Dunia. Menerusi laman rasmi Johor Southern Tigers menyatakan laman sosial Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) tersenarai dalam 100 laman sosial paling berpengaruh dalam dunia bola sepak. Berdasarkan kajian daripada Global Digital Football Benchmark dan laman web digitale-sport-medien mengeluarkan laporan terbaharu yang dikemaskini setiap dua tahun dimana laman sosial JDT kini menduduki tangga ke 95.

JDT Tersenarai Dalam 100 Laman Sosial Berpengaruh Bola Sepak Dunia

Dengan 2.8 juta komuniti digital, laman sosial JDT diiktiraf sebagai yang paling berpengaruh di Malaysia dan ke-4 di Asia Tenggara (Asean) selepas Persib Bandung (Indonesia), Persija Jakarta (Indonesia) dan Muangthong United (Thailand).

JDT Tersenarai Dalam 100 Laman Sosial Berpengaruh Bola Sepak Dunia

Menerusi laporan tersebut, pasukan Johor Darul Ta’zim mengatasi beberapa kelab ternama di Eropah antaranya iaitu FC Shakhtar, Swansea FC, Borussia Monchengladbach, Athletic Bilbao dan VFL Wolfsburg.

Laporan beraudit ini mengesahkan bahawa JDT kini muncul antara kelab yang mempunyai tarikan bukan hanya di peringkat domestik malah ke peringkat antarabangsa. Untuk dapatkan info lebih lanjut di http://digitale-sport-medien.com/gdfb19/

Sumber : JST

Kredit Foto : Semuanya JDT

Related Posts

Add Comment