Hijau Kuning Menang Selesa di Darul Aman, Sang Penyu Terus Menangis. Pasukan Terengganu FC hadir ke Stadium Darul Aman sebagai pasukan pelawat untuk menentang Kedah FA. Skuad Sang Penyu kendalian Irfan Bakti terus memberi kepercayaan kepada penyerang import mereka, Kipre Tchethe untuk mengemudi serangan pasukan itu. Manakala, penjaga gol utama Kedah kembali cergas untuk beraksi termasuk Rizal Ghazali bebas dari penggantungan sudah pasti dapat memperkuatkan barisan Lang Merah.
Wisel ditiupkan pada separuh masa pertama menyaksikan tuan rumah lebih mempamerkan asakan ke kubu lawan dimana barisan pemain Lang Merah mendominasi permainan. Pasukan Kedah mendapat jaringan awal pada minit ke-24 Nasrullah Hanif mengasari Farhan Roslan untuk memberikan sepakan penalti buat tuan rumah dan Baumann tampil untuk menyempurnakan sepakan tersebut.
Hijau Kuning Menang Selesa di Darul Aman, Sang Penyu Terus Menangis
Zaquan mengambil kesempatan kesilapan pertahanan Terengganu FC dan mudah menewaskan Suffian untuk gol kedua Hijau Kuning! Jaringan tersebut terhasil pada minit ke-33 yang menyaksikan skuad Lang Merah mendahului 2-0.
Tamat separuh masa kedua dimana pasukan Kedah mendahului dengan 2 gol menerusi jaringan Baumann & Zaquan manakala di Shah Alam kedudukan setara hasil jaringan Norhakim dan Sandro.
Gerakan cantik dari pemain-pemain Hijau Kuning disudahkan dengan baik oleh Fernando Rodriguez pada minit ke-72 untuk gol ketiga tuan rumah malam in. Jaringan tersebut menambah derita pasukan Terengganu yang gagal mencari gol pertama dalam perlawanan ini di Darul Aman.
72'| GOLLL RODRIGUEZ!
Gerakan cantik dari pemain-pemain Hijau Kuning disudahkan dengan baik oleh Fernando Rodriguez untuk gol ketiga tuan rumah malam ini!@official_kfa 3-0 @FCTerengganu #LigaSuper2019#MFLLive#KEDTER pic.twitter.com/HZ0fVlGVqi
— MFL LIVE (@MFL_Live) April 12, 2019
Dengan keputusan tersebut menyaksikan pasukan tuan rumah memperoleh 3 mata penuh di Darul Amanm. Gol dari Joni Bauman, Zaquan Adha dan Fernando Rodriguez terus menambah kekalahan Terengganu FC dimana skuad Sang Penyu tumpas kepada PKNP FC pada minggu lalu.
Foto Kredit : MFL