Jadual Dan Keputusan Piala Asia 2023-24 (Carta Kedudukan). Bilakah tarikh perlawanan Piala Asia AFC 2023? Piala Asia atau bahasa Inggeris dikenali sebagai AFC Asian Cup telah memasuki edisi ke-18 Piala Asia, dimana ia merupakan sebuah kejohanan bola sepak antarabangsa yang dianjurkan oleh Gabungan Bola Sepak Asia (AFC). Kejohanan Piala Asia 2023 akan diadakan di Qatar bermula daripada 12 Januari hingga 10 Februari 2024. Qatar telah diumumkan sebagai tuan rumah kejohanan pada edisi kali ini.

Kejohanan akhir Piala Asia 2023 akan ditandingi oleh 24 pasukan yang terdiri daripada enam kumpulan. Edisi lalu, Qatar adalah pasukan penyandang juara setelah menewaskan Jepun di pentas akhir. Malaysia yang menamatkan penantian 42 tahun layak secara merit ke Piala Asia akan memulakan kempen saingan Kumpulan E menentang Jordan pada 15 Jan, Bahrain (20 Jan) dan juara dua kali Korea Selatan pada aksi terakhir 25 Januari 2024.
Jadual Dan Keputusan Piala Asia 2023-24 (Carta Kedudukan)
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Piala Asia 2023 termasuk memaparkan jadual, keputusan dan carta kedudukan melibatkan pasukan Harimau Malaya:
Keputusan Undian Kumpulan Piala Asia AFC 2023

Senarai Pemain Harimau Malaya Di Piala Asia 2023

Jadual Perlawanan Piala Asia 2023

- 15/1/2024: Malaysia 0-4 Jordan
- 20/1/2024: Bahrain 1-0 Malaysia
- 25/1/2024: Korea Selatan 3-3 Malaysia
Carta Kedudukan Piala Asia 2023
Pos | Team | Pld | W | D | L | GF | GA | GD | Pts. |
1 | Malaysia | ||||||||
2 | Korea Selatan | ||||||||
3 | Bahrain | ||||||||
4 | Jordan |
Semoga skuad Harimau Malaya dapat mempamerkan aksi terbaik dalam saingan Piala Asia 2023 di Qatar.
Sumber: AFC