JDT Bakal Berdepan Bekas Pemain EPL Fellaini dan Graziano Pelle

JDT Bakal Berdepan Bekas Pemain EPL Fellaini dan Graziano Pelle. Selepas beberapa perlawanan dalam kelayakan Liga Juara-Juara AFC 2019 berlangsung tadi, akhirnya terjawab pasukan Johor Darul Ta’zim bakal berdepan dengan pasukan Shandong Luneng, Kashima Antlers dan Gyeongnam FC. Apa yang menariknya buat JDT dimana pemain baru Shandong Luneng iaitu Maroune Fellaini bakal beraksi di Larkin nanti.

JDT Bakal Berdepan Bekas Pemain EPL Fellaini dan Graziano Pelle

JDT Bakal Berdepan Bekas Pemain EPL Fellaini dan Graziano Pelle

Pemain antarabangsa Belgium, Fellaini disahkan berpindah ke pasukan China, Shandong Luneng dari Manchester United pada Januari lalu, hadir ketika kelab baharunya menewaskan Hanoi FC 4-1 dalam pusingan kelayakan Liga Juara-Juara AFC 2019.

Selain Fellaini, bekas pemain Southampton, Graziano Pelle turut bermain bersama Shandong Luneng. Sudah pastinya sangat menarik buat pemain JDT termasuk penyokong-penyokong yang bakal melihat bekas pemain EPL beraksi dalam saingan ACL 2019.

JDT akan berdepan Shandong Luneng pada 9 April 2019 di Jinan Olympic Sports Center. Manakala kelab dari China itu akan bertandang di Larkin pada 24 April 2019. Sama-sama nantikan aksi mereka khususnya fans JDT di Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos, Larkin.

Kredit Foto : CGTN

Related Posts

Add Comment