JDT Cuba Berkolaborasi Dengan JUVENTUS

Jika sebelum ini peminat bolasepak Malaysia mengatakan bahawa pemilik kelab Johor Darul Ta’zim merajuk sehingga ingin “angkat kaki” daripada terus menjadi peneraju kelab bolasepak JDT. Namun baginda tidak mudah untuk menyerah dan membiarkan pasukannya begitu sahaja.

Impiannya memang besar, cita-citanya amat tinggi, baru-baru ini baginda Tunku Ismail telah berangkat ke Kota Turin Itali bagi bertemu dengan pengerusi Kelab bolasepak Juventus bagi membincangkan satu peluang untuk kolaborasi antara pasukan JDT dan gergasi Itali itu.

JDT Cuba Berkolaborasi Dengan JUVENTUS

Memilik daripada postingan yang dibuat oleh Johor Southern Tigers dalam facebook rasmi milik mereka mengatakan bahawa

“Duli Yang Amat Mulia Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor berangkat ke Itali hari ini, 5 Mac 2019 untuk sesi pertemuan bersama Pengerusi Juventus FC, Andrea Agnelli bagi membincangkan kolaborasi serta jalinan kerjasama antara Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Juventus FC.

Baginda turut menerima jemputan khas menyaksikan perlawanan Liga Serie A antara Juventus FC menentang Udinese pada 9 Mac 2019. Allah Peliharakan Sultan.”

TMJ pergi ke Itali tatkala pasukan miliknya beraksi menentang Kashima semalam. Pasti satu misi dan visi yang sangat besar dibawa oleh Baginda demi pembangunan dan kemajuan bolasepak Johor seterusnya Malaysia.

Kolaborasi Bukan Perkara Baru Buat JDT

Namun perkara ini bukanlah perkara asing buat pasukan JDT ini kerana mereka bukan pertama kali buat kolaborasi bersama kelab terkenal. Juara Liga SUper ini telah membuat beberapa kerjasama dengan kelab terkemuka seperti Borussia Dortmund, Valencia CF, Hokkaido Cansodole Sapporo dan beberapa lagi.

Kolaborasi bersama Juventus ini pernah diutarakan oleh JDT menerusi Johor Southern Tigers pada 3 bulan yang lalu. Mereka mengatakan bahawa peluang berkolaborasi bersama Juventus tercetus melalui sahabat baik Tunku Islamil Jorge Mendes yang merupakan “agent” pemain bolasepak terkenal dunai.

Oleh itu, hasrat ke itali juga dikatakan sepatutnya pada bulan Februari. Namun mungkin ada perkara tidak dapat dielakkan sehingga pertemuan ini dianjak pada bulan 3 ini.

Related Posts

Add Comment