Kedah Yakin Mampu Bangkit dan Cabar JDT – Aidil Shahrin

Kedah Yakin Mampu Bangkit dan Cabar JDT – Aidil Shahrin. Selepas kekalahan pasukan Kedah dengan Kuala Lumpur di Cheras dalam aksi kelapan Liga Super Malaysia 2019. Ketua jurulatih Kedah, Aidil Sharin Sahak menjelaskan pasukannya masih mempunyai peluang untuk mencabar kejuaraan Liga Super musim 2019 walaupun ketinggalan lapan mata dengan pasukan pendahulu, Johor Darul Ta’zim (JDT).

Kedah Yakin Mampu Bangkit dan Cabar JDT – Aidil Shahrin

Menerusi sidang media selepas perlawanan, Aidil menegaskan perkara paling penting ketika ini skuad Helang Merah perlu fokus untuk bangkit tanpa memikirkan soal JDT atau Pahang yang berada dalam kelompok dua teratas Liga Super.

“Dalam bola sepak apa saja boleh berlaku. Mereka (JDT) juga berdepan kesukaran termasuk perlu mengharungi aksi Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2019 dan menempuh perjalanan jauh.

“Tapi tiada makna jika mereka (JDT dan Pahang) kehilangan mata, dan kami juga tidak meraih mata. Insya-Allah kami akan bangkit kembali daripada kekalahan malam ini.”

Pasukan JDT kini mengumpul 20 mata selepas lapan perlawanan, sementara Pahang pula ditangga kedua dengan 18 mata. Skuad Hijau Kuning akan menentang Terengganu FC di Darul Aman dalam saingan Liga Super pada hari Jumaat ini.

Kredit Video : KFA

Related Posts

Add Comment