Kelab Belarus BATE Borisov Mahu Uji Akhyar Rashid, Adakah Akan Beraksi UCL?

Kelab Belarus BATE Borisov Mahu Uji Akhyar Rashid, Adakah Akan Beraksi UCL? Pemain sensasi kebangsaan dan kelab bolasepak Johor Darul Ta’zim, Akhyar Rashid dikatakan telah menarik minat daripada sebuah kelab Liga Perdana Belarus iaitu BATE Borisov yang beraksi dalam Liga Europa musim ini. Perkara tersebut dinyatakan menerusi laman Facebook Football Agent – Malaysia yang menjelaskan pasukan BATE Borisov berminat untuk menguji pemain muda kelahiran Kedah itu.

Pihak Football Agent – Malaysia akan menghubungi kedua-dua pihak iaitu Akhyar Rashid dan majikannya Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk berbincang mengenai perkara tersebut. Untuk rekod, Akhyar Rashid baru menandatangani kontrak empat tahun bersama juara Liga Super Malaysia lima kali berturut-turut, JDT pada penghujung tahun lalu. Bagi mana-mana pasukan yang ingin mendapatkan Akhyar kena tembus tanda harga bernilai RM12 juta.

Kelab Belarus BATE Borisov Mahu Uji Akhyar Rashid, Adakah Akan Beraksi UCL?

Seandainya Akhyar terpilih mewakili pasukan BATE Borisov, pemain muda ini berkemungkinan menjadi pemain Malaysia yang pertama bermain di pentas Liga Juara-juara UEFA dan Liga Eropah pada musim 2019/20. Musim ini, BATE Borisov terkeluar daripada saingan Liga Europa selepas tewas kepada kelab Liga Perdana Inggeris, Arsenal dengan agregat 3-1 pada pusingan kalah mati.

Pada musim lalu, pasukan BATE Borisov memenangi liga utama Belarus buat kali yang ke-13 berturut-turut. Musim ini, Liga Perdana Belarus baru sahaja memulakan aksinya dimana ketika ini BATE Borisov menduduki tangga ke-3 dengan kutipan 12 mata selepas daripada enam perlawanan.

Adakah Akhyar Rashid akan beraksi bersama kelab BATE Borisov?

Foto Kredit : JST

Related Posts

Add Comment