Lee Chong Wei Sebak Ketika Berucap, Umum Gantung Raket!

Lee Chong Wei Sebak Ketika Berucap, Umum Gantung Raket! Teka-teki berhubung persaraan jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei akhirnya terjawab apabila beliau mengumumkan persaraannya dalam satu sidang media yang diadakan pada tengah hari tadi. Datuk Lee Chong Wei sebak dan dilihat mengalirkan air mata ketika mengumumkan persaraan beliau di Menara KBS.

Dalam kenyataannya, bekas pemain badminton No.1 dunia itu dengan berat hati membuat keputusan tersebut setelah berbincang bersama keluarganya termasuk mendapatkan pandangan isterinya Datin Wong Mew Choo dan mengambil kira faktor kesihatannya pada masa ini.

Lee Chong Wei Sebak Ketika Berucap, Umum Gantung Raket!

“Saya ada ke Taiwan pada April lalu dan doktor yang merawat saya merasakan tidak sesuai lagi untuk saya meneruskan latihan dengan intensiti tinggi. “Jadi selepas pulang saya mengambil masa selama sebulan untuk memikirkan mengenainya sebelum saya membuat keputusan untuk bertemu Menteri Belia dan Sukan (Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Presiden BAM (Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria) bagi meminta pandangan mereka.

“Sukar untuk saya umumkan yang saya akan bersara. Saya telah berbincang perkara ini bersama keluarga, tetapi dengan berat hati saya terpaksa mengumumkan bahawa saya bersara kerana  kesihatan lebih penting.” katanya dalam sidang media yang diadakan di Menara KBS, sebentar tadi.

Sepanjang mewakili Malaysia, Datuk Lee Chong Wei telah menempa banyak kejayaan di pentas antarabangsa sepanjang 19 tahun membawa Jalur Gemilang antaranya iaitu memenangi pingat perak di temasya Sukan Olimpik sebanyak tiga kali berturut-turut di Beijing 2008, London 2012 dan Rio De Janeiro 2016.

Beliau juga turut meraih naib juara Kejohanan Badminton Dunia sebanyak tiga kali di London 2011, Guangzhou 2013 dan Jakarta 2015. Chong Wei juga muncul sebagai satu-satunya pemenang terbanyak gelaran Super Series sebanyak 46 kali. Kami dari tim Arenasukan ucapkan tahniah dan bangga kepada Lee Chong Wei atas jasa dan sumbangan sukan Badminton buat Malaysia.

Related Posts

Add Comment