Pengurus JDT Nafikan Khabar Angin Penghijrahan Isael Barbosa ke Harimau Selatan

Pengurus JDT Nafikan Khabar Angin Penghijrahan Isael Barbosa ke Harimau Selatan. Jika sebelum ini ada ura-ura mengatakan Isael Barbosa, pemain kelahiran Brazil bakal mengisi kuota import pasukan Johor Darul Ta’zim mulai musim hadapan, namun menerusi kenyataan daripada pengurus dan ketua jurulatih pasukan Johor, Luciano Figueroa menafikan perkhabaran itu menerusi laman portal Johor Southern Tigers.

Pengurus JDT Nafikan Khabar Angin Penghijrahan Isael Barbosa ke Harimau Selatan

Pengurus JDT Nafikan Khabar Angin Penghijrahan Isael Barbosa ke Harimau Selatan

Dalam pengumuman tersebut, Luciano memaklumkan Isael Da Silva Barbosa antara pemain yang pernah ditinjau sebelum ini, namun pasukan tersebut tidak meneruskan dengan membuat tawaran rasmi kepada Isael Barbosa dan tidak akan menandatangani pemain tersebut pada musim ini.

Tambah lagi, pasukan Johor Darul Ta’zim sudah memiliki pemain lain yang lebih sesuai dengan pasukan tersebut dan suasana bola sepak di Asia. Ujarnya lagi, “Kami berada dalam perbincangan terakhir dan sedang menunggu untuk menyelesaikan beberapa perkara sebelum kami dapat mengumumkan pemain tersebut.”

Luciano menegaskan lagi sekali semua khabar angin yang melibatkan Isael Barbosa dan pasukan Johor adalah tidak benar sama sekali termasuklah profil dalam Transfermarkt yang tular baru-baru ini.

Sudah pastinya penyokong Johor Darul Ta’zim ternanti-nanti siapakah yang bakal mengisi pemain import terakhir dalam skuad Harimau Selatan tersebut.

Related Posts

Add Comment