Perak FA Terpaksa Akur Ditolak FAM, Beraksi Tiga Perlawanan Seminggu

Perak FA Terpaksa Akur Ditolak FAM, Beraksi Tiga Perlawanan Seminggu. Hasrat pasukan Perak FA untuk diberi kelonggaran dalam perlawanan Liga Super 2019 pada Jumaat ini ditolak oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM). Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) terpaksa menerima hakikat skuad The Boss Gaurus perlu bertarung lebih perlawanan berbanding pasukan lain dalam saingan Liga Super.

Perak FA Terpaksa Akur Ditolak FAM, Beraksi Tiga Perlawanan Seminggu

Hal ini kerana pasukan Perak berjaya ke pusingan seterusnya dalam kelayakan AFC Champions League 2019 setelah menumpaskan Kitchee SC menerusi penentuan sepakan penalti 6-5.

Perak FA Terpaksa Akur Ditolak FAM, Beraksi Tiga Perlawanan Seminggu

Menurut kata Presiden PAFA, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, “Kami sudah membuat permintaan kepada FAM agar menimbangkan untuk memberi kelonggaran kepada Perak iaitu boleh `bercuti’ dalam satu perlawanan dan digantikan pada hari lain yang ditetapkan kemudian.

“Tetapi permintaan ini tidak mendapat kelulusan kerana FAM juga menghadapi masalahnya sendiri dan terikat dengan jadual perlawanan yang sudah disusun lebih awal. ”

Dengan itu, skuad Perak perlu bekerja keras dan bersungguh-sungguh dimana terpaksa beraksi tiga perlawanan dalam tempoh seminggu untuk memastikan dapat mengutip 3 mata menentang Kuala Lumpur dan mempamerkan aksi terbaik dalam aksi pusingan ketiga Liga Juara-Juara AFC 2019 menentang Ulsan Hyundai.

Jika pasukan Perak berjaya tumpaskan Ulsan Hyundai, maka The Boss Gaurus bakal mengikut jejak satu lagi wakil Malaysia Johor Darul Ta’zim ke pentas AFC Champions League 2019. Selamat maju jaya buat pasukan Perak!

Sumber : Harian Metro

Related Posts

Add Comment