Perak Tewaskan Kitchee SC Kelayakan ACL 2019, Hafizul Hakim Dijulang Wira

Perak Tewaskan Kitchee SC Kelayakan ACL 2019, Hafizul Hakim Dijulang Wira. Satu pasukan wakil negara, Perak FA menerima kunjungan Kitchee SC dalam kelayakan AFC Champions League 2019 di Stadium Perak, Ipoh. Skuad The Boss Gaurus kendalian Mehmet Durakovic dianggap pasukan underdog dimana bakal berdepan pasukan lebih baik dan rata-rata  pemain naturalisasi dalam skuad Kitchee SC.

Perak Tewaskan Kitchee SC Kelayakan ACL 2019, Hafizul Hakim Dijulang Wira

Pasukan Perak membuka jaringan awal pada minit ke-14 apabila Wander Luiz berjaya menyudahkan hantaran lintang daripada Rafiuddin. Rata-rata permainan seimbang kedua-dua pasukan dan keputusan kekal 1-0 berpihak Perak separuh masa pertama.

Perak Tewaskan Kitchee SC Kelayakan ACL 2019, Hafizul Hakim Dijulang Wira

Memasuki babak kedua, malang buat pasukan Kitchee SC apabila pemain mereka dilayangkan kad merah oleh pengadil perlawanan. Ini menjadikan kelebihan buat skuad The Boss Gaurus apabila berdepan hanya 10 pemain.

Namun dalam saat-saat akhir, Kitchee SC berjaya menyamakan kedudukan 1-1 hasil jaringan Li Ngai Hoi. Tamat 90 minit permainan dan dilanjutkan ke masa tambahan. Keputusan turut kekal 1-1 dalam masa tambahan.

Perak Tewaskan Kitchee SC Kelayakan ACL 2019, Hafizul Hakim Dijulang Wira

Pasukan Perak berjaya mara ke peringkat terakhir pusingan kelayakan AFC Champions League selepas menewaskan Kitchee SC daripada 🇭🇰 6-5 dalam penentuan penalti. Penjaga gol Perak, Hafizul Hakim dijulang apabila menyelamatkan 2 sepakan penalti Kitchee SC untuk membawa pasukan Perak ke pusingan terakhir kelayakan ACL bertemu dengan Ulsan Hyundai di Ulsan, Korea Selatan pada 19 Februari 2019.

Kredit Foto : Asia Champions League

Related Posts

Add Comment