TMJ Rancang Wujudkan Siri Realiti TV JDT Seperti Manchester City. Sebelum ini menerusi video yang dimuat naik dalam Johor Southern Tigers, DYAM Tunku Mahkota Johor menyatakan aspek utama dalam membangunkan pasukan adalah menaik taraf padang bola sepak. Kini, pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim memuat naik status di Twitter mengenai perancangan akan datang menerbitkan program realiti seperti yang dilakukan Manchester City.
Status TMJ tersebut telah menarik perhatian ramai pengguna media sosial di laman Twitter. Nampaknya, kelab JDT sekali lagi mahu melakukan revolusi bola sepak Malaysia, kali ini menerusi lensa kamera dalam siri realiti televisyen tentang bagaimana Harimau Selatan beroperasi dan apa yang berlaku di sebalik tabir.
TMJ Rancang Wujudkan Siri Realiti TV JDT Seperti Manchester City
Dalam perkongsian baginda di Twitter menyatakan, “Apa pendapat kamu jika JDT FC mempunyai siri TV realiti kita sendiri? Aksi-aksi di sebalik tabir. Pemain, Jurulatih, Akademi, Pasukan Pemasaran, Pentadbiran dan… diri saya. Seperti apa yang dilakukan oleh Manchester City. Memperlihatkan malam-malam tanpa tidur (sleepless nights), bekerja, berbincang dengan para pemain, pasukan, perancangan, pengurusan, dan sebagainya,”
What's ur opinion if JDT FC hv our own reality Tv series? Behind the scenes action. Players, Coaches, Academy, Marketing team, Administration and… mySelf. Smthing like wht Man City did. Shows the sleepless nights, working, negotiating with players, teams, plans, managing etc
— HRH Crown Prince of Johor (@HRHJohorII) March 25, 2019
Dalam tweet susulan, baginda turut menyatakan: “Siri TV realiti JDT. Bukan lakonan. Kami akan memastikan ia nyata. Kami akan menjadikan ia berlaku. Untuk penyokong. Kami juga akan memuatkan kisah & peristiwa benar yang tidak pernah diceritakan serta apa yang berlaku di kelab – perjanjian yang dibuat, kolaborasi yang dilakukan, sesi ‘brainstorming’ hingga lewat malam, menangani isu-isu, dan lain-lain”
JDT reality tv series. No acting. We're going to keep it real. We're going to make it happen. For the fans. We'll also include real unheard stories & events about what happens in the club – deals being struck, collaborations made, late night brainstorming, addressing issues, etc
— HRH Crown Prince of Johor (@HRHJohorII) March 25, 2019
Dalam rakaman yang dikongsikan di laman Johor Southern Tigers, DYAM Tunku Ismail bercakap mengenai fasiliti terbaik di Pusat Latihan Padang Seri Gelam, berinteraksi dengan para pemain, bertemu barisan jurulatihan dan turut juga dipenuhi dengan gurauan.
Kredit Foto/ Sumber : Twitter TMJ, JOHOR Southern Tigers