Perlawanan Amal: Video JDT TMJ 9-5 JDT Rest Of The World

Perlawanan Amal: Video JDT TMJ 9-5 JDT Rest Of The World. Perlawanan amal JDT TMJ menentang JDT Rest Of The World (All-Stars JDT) yang berlangsung sebentar tadi di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin menyaksikan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) Tunku Mahkota Johor (TMJ) berpesta gol membenam pasukan JDT Rest of the World dengan jaringan 9-5.

Dalam perlawanan ini juga berjaya mengutip dana berjumlah lebih RM600,000. Kutipan diraih menerusi hasil penjualan tiket dengan jumlah kehadiran di stadium melebihi 17,000 penonton selain sumbangan penaja. Pasukan JDT TMJ diperkuatkan oleh tiga bekas bintang Perancis iaitu Robert Pires, Claude Makalele dan Florent Malouda.

Perlawanan Amal: Video JDT TMJ 9-5 JDT Rest Of The World

Tunku Ismail turut beraksi di posisi tengah bergandingan Esteban Cambiasso, Marco Materazzi dan Gianluca Zambrotta. Beberapa pemain JDT seperti penjaga gol, Farizal Marlias, La’Vere Corbin-Ong, Mauricio Nascimento, Gonzalo Cabrera, Diogo Luis Santo dan Safawi Rasid berada dalam skuad JDT TMJ.

JDT Rest of the World dibarisi beberapa legenda bola sepak dunia antarannya Rivaldo, Claudio Caniggia, Edgar Davids dan Bebeto. Penjaga gol kedua JDT, Izham Tarmizi beraksi selaku penjaga gol JDT Rest of the World bersama beberapa pemain Harimau Selatan lain seperti Syazwan Andik Ishak, S Kunanlan dan Aidil Zafuan Abd Radzak.

Perlawanan Amal: Video JDT TMJ 9-5 JDT Rest Of The World

Perlawanan ini menyaksikan 14 gol terhasil dan HRH Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim yang merupakan pemilik kelab bolasepak Johor Darul Ta’zim turut mencatat nama sebagai penjaring gol.

FT JDT TMJ [9-5] JDT REST OF THE WORLD (David Trezeguet 3′, 50′ / Florent Malouda 5′, 12′, 67′ / Robert Pires 13′, 44′ / HRH Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim 24′ / Diogo Luís Santo 89′)(Louis Saha 21′(pen) / Rivaldo 43′, 46′ / Edgar Davids 58′ / Claudio Caniggia 60′)

TMJ: Farizal Marlias, Florent Malouda, Robert Pires, Claude Makélélé, Esteban Cambiasso, HRH Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim (C), Luciano Figueroa, Ervin Boban, Marco Materazzi, Gianluca Zambrotta, David Trezeguet

ROTW: Izham Tarmizi, Alistair Edward, Joe Flizzow, Benjamin Mora, Martin Hugo Prest (C), Edgar Davids, Bebeto, Claudio Caniggia, Louis Saha, Rivaldo, Tengku Shahrain Shah

Foto Kredit : JST

Related Posts

Add Comment