Perlawanan Amal Pilihan JDT vs Rest of the World XI, Dibarisi Ronaldo, Figo, Pires!

Perlawanan Amal Pilihan JDT vs Rest of the World XI, Dibarisi Ronaldo, Figo, Pires!. Tunku Ismail mengumumkan perlawanan ‘All-Star’ antara ‘Rest of the World XI’ dan pilihan JDT akan berlangsung di Larkin pada 30 Jun ini. Menerusi laman sosial Johor Southern Tigers, satu perlawanan amal akan diadakan di mana JDT akan beraksi menentang Rest of the World XI yang dibarisi pemain-pemain ternama seperti Ronaldo Luis Nazario de Lima, Luis Figo, Roberto Carlos, Bebeto, Claudio Caniggia, Marco Materazzi dan Robert Pires.

Perlawanan Amal Pilihan JDT vs Rest of the World XI, Dibarisi Figo, R. Carlos, Pires, Materazzi!

Perlawanan amal ini bertujuan untuk mengutip dana bagi disumbangkan kepada Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor, Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia dan Women’s Aid Organisation. Selain daripada menyaksikan perlawanan, sesi bersama penyokong untuk peluang mendapatkan autograf dan bergambar turut diadakan.

Berita ini pastinya akan menarik bukan sahaja peminat JDT, tetapi juga peminat pemain-pemain ini. Bukan selalu kita dapat melihat begitu ramai bintang bolasepak ternama dunia beraksi di depan mata dan pada masa yang sama menderma kepada badan-badan kebajikan.

Foto Kredit : La BOLA Malaya

Related Posts

Add Comment