TMJ Ubah Fikiran, Tidak Mahu Layan Ajakan Main Bola Dengan Tim Syed Saddiq

TMJ Ubah Fikiran, Tidak Mahu Layan Ajakan Main Bola Dengan Tim Syed Saddiq. Sebelum ini, Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Syed Saddiq mempelawa pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk turun bermain  perlawanan persahabatan bersama dengan pasukan beliau. Ianya selepas Tunku Mahkota Johor (TMJ) memerli Syed Saddiq untuk belajar menyepak bola dengan betul terlebih dahulu.

TMJ Ubah Fikiran, Tidak Mahu Layan Ajakan Main Bola Dengan Tim Syed Saddiq

Pada masa yang sama, TMJ juga mengingatkan Syed Saddiq menggunakan industri bola sepak bagi tujuan kelangsungan politik adalah satu jenaka sama sekali. Dan percubaan Syed Saddiq untuk memandang rendah pencapaian TMJ dalam bola sepak umpama seekor ‘clown fish’ cuba mengajar seekor jerung untuk berenang dan memburu.

Dengan kenyataan itu, Syed Saddiq turut memberi reaksi daripada TMJ dengan mengajak untuk mengadakan perlawanan persahabatan di antara ‘Team Syed Saddiq’ menentang ‘Team TMJ’. TMJ pantas menerima pelawaan tersebut untuk bermain di Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos, Larkin. Tunku Mahkota Johor turut mencabar Syed Saddiq untuk bersaing dalam cabaran skil 1v1 dan berharap perlawanan itu dilangsungkan secepat mungkin dalam masa terdekat.

Lantasnya, para peminat bola sepak tempatan begitu teruja dengan perlawanan antara pasukan Syed Saddiq dengan TMJ. Lebih-lebih lagi selepas kedua-duanya ‘bertikam lidah’ di media sosial dalam isu kelab Manchester City ingin membeli sebuah kelab Liga Malaysia.

Namun, ada kalangan peminat bola sepak yang menasihatkan TMJ agar tidak meneruskan perlawanan tersebut dan menganggap ianya tiada faedah kepada bola sepak tempatan. Antaranya daripada pengguna twitter, Izhar Moslim dan ZulkifliRajalie. Tiada kebaikan buat rakyat dan membuang masa.

Tidak lama selepas itu, TMJ mula menarik ‘hand brake’ dan mengubah fikirannya untuk menyahut pelawaan perlawanan persabatan tersebut. Baginda tampaknya bersetuju ianya satu perlawanan yang tidak diperlukan, TMJ juga sedar dan tidak mahu termakan umpan ‘orang lain’ untuk mengejar populariti.

Sumber : Foxsport ASIA

Foto Kredit : JST

Related Posts

Add Comment