Safawi Rasid Kongsikan Kisah Hidupnya, Dari Pakar Libas Kini Pemain Bolasepak Profesional

Safawi Rasid Kongsikan Kisah Hidupnya, Dari Pakar Libas Kini Pemain Bolasepak Profesional. Siapa tidak kenali pemain muda yang semakin meningkat naik? Muhammad Safawi Rasid atau lebih dikenali sebagai Safawi Rembatan antara pemain yang menjadi perhatian buat rakyat Malaysia. Rembatan kencang dan kelincahannya di padang sering digeruni hingga kerap menjadi sasaran pemain pasukan lawan. Maka tidak hairanlah Safawi Rasid diangkat sebagai Pemain Paling Bernilai pada Majlis Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2018 (ABK18) yang lalu.

Safawi Rasid Kongsikan Kisah Hidupnya, Dari Pakar Libas Kini Pemain Bolasepak Profesional

Malahan, aksinya hingga menghasilkan jaringan sering dinantikan penyokong Harimau Malaya, termasuk sepanjang saingan Piala AFF Suzuki 2018 apabila skuad negara melangkah ke pentas final menentang Vietnam.

Safawi Rasid Kongsikan Kisah Hidupnya, Dari Pakar Libas Kini Pemain Bolasepak Profesional

Namun di sebalik kejayaan yang dikecapi Safawi ketika ini, terselindung kisah dukanya enam tahun lalu yang tidak pernah didedah kepada umum. Penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT) aka pemain sayap negara mengimbau kembali saat-saat dia ke kedai runcit untuk berhutang barang keperluan harian yang dipesan ibunya.

Menurut katanya ;

“Saya dari keluarga yang susah. Adik beradik saya pula ramai, ada 13 orang semuanya. “Jujur saya kata, keluarga saya pernah hutang kedai runcit sampai sebulan baru bayar balik. Bila ingat semula, ya Allah sedihnya.”

Dek dengan kesusahan yang dilaluinya sejak kecil lagi menyebabkan anak kelahiran Dungun, Terengganu itu terus bangkit mengubah kehidupan keluarganya. Walaupun namanya kini menjadi perhatian rakyat Malaysia, tetapi ramai tidak tahu bahawa Safawi sebenarnya pernah dikenali sebagai ‘pakar libas’ .

Pemain berusia 21 tahun itu lebih awal mencipta nama sebagai pemain sepak takraw apabila mewakili Terengganu dalam Kejohanan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) sejak di bangku sekolah rendah. Namun ketika di Tingkatan 3, Safawi turut terpilih mewakili skuad bola sepak Terengganu dalam kejohanan MSSM. Safawi Rasid terpaksa melupakan sukan takraw dan fokus sepenuhnya kepada bola sepak.

“Pada awalnya saya main takraw sebab saya satu-satunya anak yang mewarisi bakat ayah (Rasid Sulung). Lagipun ayah adalah bekas pemain sepak takraw Terengganu. Oleh itu saya bercita-cita nak mewakili negara dalam sukan ini.

“Namun bila saya terpilih mewakili Terengganu dalam bola sepak, saya terpaksa melupakan takraw yang juga pilihan ayah kerana melihat peluang dalam sukan bola sepak lebih terbuka luas.”

Safawi Rasid Kongsikan Kisah Hidupnya, Dari Pakar Libas Kini Pemain Bolasepak Profesional

Semoga kisah hidup Safawi Rasid menjadi inspirasi kepada adik-adik di luar sana. Kejayaan ini bukannya datang bergolek semuanya perlu ada semangat tinggi dan jiwa kental. Selamat maju jaya buat Safawi Rasid bersama Johor Darul Ta’zim dan skuad Harimau Malaya!

Kredit Info : Mstar

Related Posts

Add Comment