Ramalan Tepat Pemuda Malaysia Ni, Tweetnya Mendapat Perhatian Pemain Manchester United! Ramai yang tidak menyangka perlawanan yang membabitkan antara Manchester United menentang Paris Saint-Germain (PSG) dalam aksi Liga Juara-Juara Eropah (UEFA) 2018/2019. Keputusan di luar jangkaan buat peminat bolasepak dimana Manchester United berjaya melangkah ke pusingan suku akhir UEFA Champions League setelah mengikat keputusan seri 3-3 di Parc des Princes. Skuad kendalian Manchester United, Solskjaer layak ke peringkat seterusnya berdasarkan kelebihan gol di tempat lawan.
Ternyata keputusan ini sangat mengejutkan dimana Manchester United yang tewas 2-0 ketika aksi pertama di halaman sendiri, bangkit semula dengan 3 jaringan gol tanpa dibarisi pemain utama. Rata-rata pemain utama Manchester United mengalami kecederaan termasuk pemain sensasi, Paul Pogba tidak dapat bermain kerana menerima kad merah di Old Trafford.
Ramalan Tepat Pemuda Malaysia Ni, Tweetnya Mendapat Perhatian Pemain Manchester United!
Inilah dikatakan bolasepak! Perkara yang tak dijangka boleh berlaku dimana Parc des Princes menjadi saksi Manchester United layak ke pusingan suku akhir menewaskan gergasi besar, PSG.
Namun, lebih menarik ke arah salah seorang peminat Manchester United yang meramalkan keputusan perlawanan tersebut. Seorang pengguna Twitter bernama Timmy Chin yang berasal dari Malaysia membuat ramalan antara Manchester United menentang PSG sambil menyenaraikan pemain yang akan menjaringkan gol.
Honestly got a good feeling about this. Probably either we get totally hammered or we really put on a show. Lukaku with 2. Psg comes back with 1 and rashford fires home 92mins into injury time!
— Timmy Chin (@TimmyChin) March 6, 2019
Ternyata ramalannya tepat sama seiring dengan keputusan dan penjaring gol perlawanan. Beliau menyatakan penyerang Manchester United, Romelu Lukaku akan menjaringkan dua gol dan PSG akan comeback dengan satu gol. Kemudian, jaringan lewat Rashford pada minit terakhir akan membawa Manchester United ke pusingan seterusnya!
Selepas perlawanan berakhir, tweet Timmy menarik perhatian warga dunia mengenai ramalannya yang tepat dengan keputusan. Ia turut mencuri perhatian oleh beberapa pemain Manchester United antaranya Ashley Young, Victor Lindelof dan Diogo Dalot.
Please tell me you put that bet on…👀🤣 ?! As a well done I’m gonna send you a signed shirt ! But, if you predict the score correctly this Sunday….I’ll get the whole squad to sign it…What do you reckon ?! Deal ?! 🤷🏾♂👹🤘🏾 https://t.co/pG4xo2Rvkn
— Ashley Young (@youngy18) March 7, 2019
Man, you should predict every game 😂 https://t.co/ROKbVAAj4h
— Victor Lindelöf (@vlindelof) March 7, 2019
Dalam tweet Ashley Young berseloroh kepada Timmy menyuruh beliau menyahut cabaran untuk meramal keputusan antara Manchester United menentang Arsenal. Jika ramalan Timmy tepat lagi sekali, pemain Manchester United itu berjanji akan menghantar jersi beliau yang ditandatangani seluruh skuad.
Ramalan Keputusan Manchester United vs Arsenal
You got a deal mate. As I said before, 4-2 United win 😀 #GGMU https://t.co/YQBK7f0Gbt
— Timmy Chin (@TimmyChin) March 7, 2019
Adakah ramalan kali ini tepat? Sama-sama kita nantikan antara Manchester United menentang Arsenal!
Dalam perlawanan itu, pemain bintang Neymar yang tidak dapat beraksi akibat kecederaan dan beliau antara pemain yang tidak berpuas hati keputusan pengadil yang memberi sepakan penalti menerusi keputusan VAR.
Sumber : Twitter Timmy Chin