Dua Gol Diogo Julang JDT di Jengka, The Fighters Gagal Sekat!

Dua Gol Diogo Julang JDT di Jengka, The Fighters Gagal Sekat!. Perlawanan menarik berlangsung antara pendahulu liga, Johor Darul Ta’zim menentang Felda United di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka. Dalam perlawanan ini, penjaga gol JDT, Izham Tarmizi mengalas sebagai penjaga gol utama menggantikan Farizal Marlias. Manakala Felda United pula hadir tanpa perancang utama mereka, Hadin Azman yang dibelenggu kecederaan.

Sepak mula separuh masa pertama menyaksikan The Fighters lebih mendominasi permainan dan melakukan asakan ke kubu lawan. Namun selepas itu pasukan pelawat mula memperkemaskan permainan dan merencanakan serangan ke gawang tuan rumah. Kekentalan pertahanan Felda United yang dikemudi oleh Thiago Aquino dan Masaki Watanabe berjaya menyekat barisan serangan JDT.

Dua Gol Diogo Julang JDT di Jengka, The Fighters Gagal Sekat!

Leandro Velazquez dan Safawi Rasid hampir membuka jaringan pertama pada minit awal permainan namun sedikit melewati palang gol tuan rumah. Akhirnya JDT berjaya menghasilkan jaringan pertama dalam perlawanan ini dimana bintang import JDT, Diogo tenang menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-38.

Masuk babak kedua menyaksikan The Fighters melakukan serangan ke pintu gol pelawat dimana Azim Rahim mempunyai dua peluang terbaik untuk meletakkan gol pertama. Namun first touch yang kurang kemas membuatkan peluang itu dipersiakan.

Johor Darul Ta’zim berjaya menggandakan gol di Jengka selepas Diogo meledak buat kali kedua pada minit ke-62 setelah menerima hantaran baik daripada S. Kunanlan. Tuan rumah cuba bangkit untuk menjaringkan gol dengan kemasukan pemain penyerang baharu, namun serangan yang dilakukan gagal diterjemahkan dengan jaringan.

Dua gol dari Diogo pada setiap separuh masa membenam The Fighters dihalaman sendiri pada malam ini. Dengan kemenangan itu meletakkan pasukan Harimau Selatan terus menjarakkan mata selepas Pahang tersungkur di Kelana Jaya.

Foto Kredit : JST

Related Posts

Add Comment