6 Pemain Sempat Pindah Pasukan Sebelum Jendela Perpindahan Ditutup

Jendela perpindahan pemain bagi musim 2019 baru sahaja ditutup. Walaupun ada yang pihak menggesa MFL dan FAM untuk melanjutkan lagi tempoh perpindahan pemain atas beberapa alasan antaranya ialah masalah dan kemelut pasukan seperti Perlis.

Namun tiada maklum balas lagi berkenaan perkara ini. Jadi berikut kami kongsikan 8 Pemain Sempat Pindah Pasukan Sebelum Jendela Perpindahan Ditutup.

8 Pemain Sempat Pindah Pasukan Sebelum Jendela Perpindahan Ditutup

Inilah nama-nama pemain yang berjaya membuat perpindahan last minit untuk musim 2019.

1.Safee Sali – PJ CITY : Bertuah untuk pemilik badan Safee sali kerana berjaya mendapatkan pasukan selepas terpaksa mengharungi kemelut dan isu gaji bersama pasukan Perlis sehingga pasukan itu terpaksa disingkirkan dari Liga M.

Safee Sali berjaya pindah ke pasukan PJ City dari Perlis . Dalam temuramah bersama wartawan Safee sali ada mengatakan bahawa dia bertuah dapat bersama PJ kerana mempunyai keakraban dengan jurulatih pasukan tersebut.

2. Sergio Paula – PJ CITY: Bertuah juga buat bekas penyerang Perlis yang merupakan rakan sepasukan Safee sali yang turut pindah ke PJ City daripada Perlis.

Berikut adalah nama pemain lain yang turut mendapat tempat last-last minute dalam pasukan yang bertanding dalam Liga Super

3. Luke Woodlan – Kuala Lumpur

4. Amani Guinaldo- PKNP

5. Sandro РSelangor : Seperti dikatakan oleh pihak pengurusan Persatuan Bolasepak Selangor mereka akan mengambil seorang lagi pemain import maka pemain yang disebut tersebut adalah Sandro.

6. Giancarlo Lopes – PKNP

Manakala Kuala Lumpur pula menandatangani Luke Woodlan bagi memperkuatkan pasukan mereka yang kini sedang “diperayamkan” dan menduduki tangga bahawan liga.

Pemain-pemain ini ditandatagani pada last-last minit sudah pasti menjadi pemain yang sangat diharapkan oleh pasukan masing-masing bagi memperkuatkan lagi barisan yang dianggap lompong setelah beberapa perlawanan.

Nama-nama pemain perlis lain buat masa ini kami masih lagi tidak dapatkan kemana arah tuju mereka setelah pasukan mereka disingkirkan dari terus bertanding dalam Liga Malaysia.

Apakah nasib pemain-pemain Perlis lain. Adakah mereka terpaksa menunggu sementara jendela perpindahan berikutnya dibuka baru mereka mempunyai pasukan untuk mereka sertai. Sama-sama kita tunggu

Related Posts

Add Comment