Tok Gajah Tundukkan Felda United di Jengka, Tanpa Tiga Tonggak Utama!

Tok Gajah Tundukkan Felda United di Jengka, Tanpa Tiga Tonggak Utama! Pahang berjaya meraih 3 mata berharga selepas menewaskan Felda United 3-1 di Jengka. Skuad Tok Gajah berhadapan dengan pasukan Felda United tanpa tiga tonggak utama iaitu Saddil Ramdani, Dickson Nwakaeme dan Nor Azam Azih. Penyerang bertubuh sasa, Dickson Nwakaeme tidak dapat diturunkan kerana mengutip 3 kad kuning akibatnya beliau digantung perlawanan.

Perlawanan bermula menyaksikan skuad The Fighters kendalian Nidzam Jamil berjaya mencuri peluang dan menyerang menerusi serangan balas ke kubu lawan. Barisan pertahanan Pahang kucar kacir seketika namun skuad Felda United gagal menghadirkan sebarang gol kerana kurang efektif melorongkan bola kepada pemain di dalam kotak.

Tok Gajah Tundukkan Felda United di Jengka, Tanpa Tiga Tonggak Utama!

Ternyata kekosongan posisi yang ditinggalkan Dickson Nwakaeme dimanfaatkan sebaik oleh Norshahrul Idlan Talaha yang menampilkan aksi cemerlang di barisan serangan. Beliau rajin membantu barisan tengah dan merencanakan serangan dimana pasukan pelawat mendahului di Jengka pada minit ke-45 melalui jaringan cantik Norshahrul Idlan Talaha setelah menerima umpanan baik daripada Mohamadou Sumareh.

Sepak mula separuh masa kedua, tidak sampai 3 minit kemudian gol penyamaan oleh The Fighters hadir selepas Thiago Aquino memanfaatkan kesilapan oleh Helmi Heliza yang gagal menangkap kemas sepakan penjuru Hadin Azman.

Pada minit ke-64, Tok Gajah kembali di hadapan melalui sepakan penalti setelah Mohamadou Sumareh dikasari di dalam kotak penalti. Masa kedua, tampak skuad Pahang kendalian Dollah Saleh menguasai perlawanan keseluruhannya dimana The Fighters gagal menghadiahkan jaringan kedua.

Sebelum wisel ditiupkan, Pahang selesa di hadapan dengan 3 gol selepas pemain yang baru dibawa masuk, Faisal halim bijak melepaskan diri daripada pertahanan The Fighters. Wisel penamat ditiupkan selepas kemudian.

Tok Gajah Tundukkan Felda United di Jengka, Tanpa Tiga Tonggak Utama!

Tok Gajah memperoleh 3 mata berharga pada malam ini menewaskan pasukan Felda United hasil daripada jaringan Norshahrul Idlan Talaha, Ze Love dan Faisal Halim. Kemenangan Pahang pada perlawanan ini menyaksikan mereka berjaya memintas Johor Darul Ta’zim untuk mengungguli carta Liga Super 2019.

Foto Kredit : Pahang FA

Related Posts

Add Comment