Semua Tiket Final 1 Piala Suzuki AFF 2018 Laris Dijual Dalam Masa Singkat. Seperti kebiasaannya tiket bolasepak yang dijual akan laris bagai pisang goreng. Mana tidaknya semua Tiket Final 1 Piala Suzuki AFF 2018 antara Malaysia menentang Vietnam di Kaunter Tiket Stadium Nasional telah habis terjual dalam masa yang singkat. Hal ini dimaklumkan sendiri oleh portal FB Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), memaklumkan bahawa kaunter tiket di Pintu A dan Pintu E di Stadium Nasional, Bukit Jalil sah ditutup sepenuhnya selepas tiket telah pun habis terjual sebentar tadi selepas dibuka 9.53 pagi ini.

FAM mengucapkan terima kasih kepada semua penyokong Harimau Malaya yang telah memberikan sambutan dan sokongan luar biasa bagi mendapatkan tiket Final 1 Piala Suzuki AFF 2018 ini.
Semua Tiket Final 1 Piala Suzuki AFF 2018 Laris Dijual Dalam Masa Singkat
Kepada penyokong yang gagal mendapatkan tiket, FAM tidak dapat memenuhi hasrat anda untuk mendapatkan tiket kerana kami hanya dapat menjual 80,000 keping tiket sahaja mengikut kapasiti stadium. Dengan itu, kami memohon maaf.
Diharap para penyokong yang masih berada di pekarangan Stadium Nasional supaya bolehlah bersurai kerana kaunter tiket telah pun ditutup sepenuhnya dan tiket sememangnya sudah pun habis.
Menurut info ramai lagi yang masih tidak dapat tiket dan ada yang pengsan. Semoga isu sebegini tidak berlaku lagi dan dapat diselesaikan secepat mungkin dimana pihak FAM perlu mengambil satu inisiatif untuk menjual tikel bolasepak. Lebih-lebih lagi membabitkan perlawanan penting!