ACL: JDT Sedia Menentang Shandong Luneng, Berdepan Fellaini, Pelle & Gilberto. Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) kini sudah bersedia untuk meneruskan cabaran apabila akan berdepan Shandong Luneng dari Republik Rakyat China pada aksi terakhir pusingan pertama Kumpulan E Liga Juara-Juara Asia (ACL) di Stadium Pusat Sukan Olimpik Jinan esok. Dalam perlawanan sebelum ini, JDT baru saja menewaskan Felda United dalam saingan Liga Super dengan keputusan 3-1 di Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos Jumaat lalu.
Menerusi sidang media, Kapten JDT, Hariss Harun menegaskan aksi menentang kelab Shandong Luneng yang beraksi di Liga Super China begitu mencabar dan sukar namun akan berusaha memberi tentangan sengit walaupun sedar ia bukan tugas mudah berikutan pasukan itu dibarisi beberapa bintang bola sepak dari Eropah.
ACL: JDT Sedia Menentang Shandong Luneng, Berdepan Fellaini, Pelle & Gilberto
Pemain JDT akan berdepan dengan beberapa pemain bintang Eropah misalnya seperti Graziano Pelle dari Itali, bekas pemain Manchester United dan Belgium, Maroune Fellaini danĀ Carlos Gilberto Nascimento Silva (Corinthians, Brazil) dijangka akan menghadirkan cabaran sengit buat JDT.
Selepas dua perlawanan dan JDT berjaya mengutip satu mata hasil keputusan seri menentang wakil Republik Korea iaitu Gyeongnam FC, sudah pasti tidak akan dipandang mudah oleh skuad Shandong Luneng.
Menurut kata Hariss, “Sudah tentu ia perlawanan mencabar dan sukar bagi kami kerana kita beraksi di tempat lawan, kami perlu segera menyesuaikan diri dengan keadaan padang di sana dan tempoh tiga hari untuk membuat persiapan rapi mungkin akan menyuntik semangat saya dan rakan sepasukan berdepan kelab China itu.
“Kami sedar mereka ada pemain seperti Maroune Felllani yang semua tahu adalah pemain antarabangsa Belgium dan bekas pemain Manchester United. Sudah tentu ia satu cabaran besar buat saya dan rakan sepasukan untuk berdepannya.”
Shandong Luneng FC kini berada di tangga kedua saingan Kumpulan E Liga Juara-Juara AFC 2019 selepas hanya mencatat dua seri manakala Johor Darul Ta’zim pula berada di tangga terbawah selepas mengumpul satu mata.
Hariss berkata lagi, “Kami akan turun tanpa Natxo Insa namun saya yakin siapa sahaja yang bakal mengisi posisi tengah akan beraksi dengan keyakinan tinggi dan memberi impak positif dalam pasukan, malah kami akan berusaha memberi persembahan mantap dalam perlawanan itu nanti,” Petikan daripada Berita Harian.
Foto Kredit : JST