5 Kedai Peralatan Sukan Murah dan Terbaik Online 2023

5 Kedai Peralatan Sukan Murah dan Terbaik Online 2023. Sekarang semuanya mudah dimana anda boleh membeli barangan sukan seperti kasut bola, t-shirt dan raket badminton secara online. Malah kedai online ini juga memaparkan kelebihan barangan tersebut termasuk harga. Kini, terdapat beberapa kedai peralatan sukan online yang anda boleh dapati seperti Al-Ikhsan, Adidas, Nike, Zalora dan banyak lagi.

5 Kedai Peralatan Sukan Murah dan Terbaik Online 2023

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang senarai kedai yang menyediakan peralatan sukan secara online :

AL-IKHSAN

Al-Ikhsan merupakan sebuah syarikat yang menyediakan kelengkapan sukan di Malaysia termasuk model kasut sukan dan peralatan lain yang dipakai oleh pemain bola antarabangsa terkenal boleh didapati di kedai ini. Ia mempunyai lebih seratus cawangan di seluruh Malaysia dan jenama terkenal dijual seperti Adidas, Nike, Reebok, Puma dan lain-lain lagi.

Anda juga boleh membeli pelbagai jenis peralatan sukan seperti kasut bola, kasut sukan, raket badminton dan sebagainya. Kini anda boleh memilih barangan sukan yang diminati secara online di www.al-ikhsan.com

JD SPORTS MALAYSIA

JD Sports telah ditubuhkan pada tahun 1983 oleh John Wardle dan David Makin dimana ia dikenali sebagai peruncit pakar terkemuka di UK yang bergaya berjenama, sukan dan kasual. Menjelang 2011, JD Sports menguasai kebanyakan EU, terutamanya di Jerman, Ireland, Perancis, Belanda dan Sepanyol.

Pada tahun 2006, JD secara rasmi melancarkan kedai pertamanya di Asia iaitu Malaysia. Kini, anda boleh dapati pelbagai jenis peralatan sukan termasuk kasut bola dan aksesori. Untuk pembelian anda boleh layari secara online di laman SINI.

ZALORA

ZALORA adalah komuniti fesyen eksklusif di mana butik pilih mempamerkan produk & gaya unik dalam talian. Pembeli boleh membuat pemilihan jenama fesyen bebas dengan lebih daripada 1,000 produk yang ditawarkan.

Selain itu, Zalora juga menawarkan pelbagai kelengkapan sukan antaranya kasut sukan berjenama Nike, Adidas, Puma Reebok dan sebagainya. Kini, anda boleh membuat pembelian kelengkapan sukan jenama yang terkenal secara online di www.zalora.com.my

SPORTS DIRECT MALAYSIA

Sports Direct adalah sebuah peruncit barangan sukan terbesar di United Kingdom dan beroperasi kira-kira 670 kedai di seluruh dunia. Syarikat itu memiliki sebilangan besar jenama sukan dan perdagangan yang didominasi di bawah jenama SportsDirect.com.

Selain itu, Sports Direct juga telah membuka cawangan di Malaysia yang boleh didapati di Midvalley Megamall, Bukit Bintang, Sunway Putra dan lain lagi. Kini, anda boleh membuat pembeli pelbagai jenis kelengkapan sukan secara online di SINI.

ADIDAS

Adidas adalah sebuah syarikat pengeluar pakaian sukan terbesar di Eropah dan yang kedua terbesar di dunia, selepas Nike. Salah satu fokus utama Adidas adalah menyediakan kit bolasepak dan peralatan sukan yang berkaitan.

Selain itu, Adidas turut menyediakan pelbagai jenis pakaian untuk lelaki dan perempuan yang merangkumi t-shirt, jaket, hoodies, pants dan legging. Kini, anda boleh membuat pembelian kelengkapan sukan secara online di www.adidas.com.my

Related Posts

Add Comment