Tips Memilih Raket Badminton Terbaik Untuk Pemula

Tips Memilih Raket Badminton Terbaik Untuk Pemula. Anda seorang penggemar sukan badminton? Bagaimana hendak memilih raket badminton yang sesuai untuk anda? Lazimnya kita akan terfikir raket yang mahal dan terikut trend raket terbaik dunia tidak semestinya terbaik kerana ianya bergantung gaya permainan anda. Untuk memudahkan anda ini hanyalah panduan asas bagaimana untuk memilih raket badminton yang sesuai dengan anda. Panduan ini tidak 100% tepat tetapi ia sudah cukup untuk memberi pengetahuan untuk anda membuat pemilihan raket.

Tips Memilih Raket Badminton Terbaik Untuk Pemula
Kredit : sportconsumer

Tips Memilih Raket Badminton Terbaik Untuk Pemula

Berikut dikongsikan adalah tips atau panduan memilih raket badminton yang sesuai dan terbaik untuk pemula :

Jika anda masih baru dalam sukan badminton dan ingin mendapatkan raket untuk kali pertama, cara yang paling selamat adalah untuk memilih raket yang balanced. Mudah kata pilih raket yang keseimbangan dan kesuaian dengan anda.

Spesifikasi Raket

Berikut adalah ciri-ciri atau spesifikasi raket yang ada di pasaran :

• Material: aluminium, carbon, graphite, titanium

• Bentuk frame: Isometric & Oval

• Berat: 2U (90g-94g), 3U (85g-89g), 4U (80g-84g)

• Balance point: Balanced (285-290mm)

• Saiz grip: G4/G5 (Yonex terminology)

• Stiffness: Medium stiff

• Ketegangan tali: 25 lbs dan ke atas

Panduan Memilih Raket Badminton Terbaik

Material

Seperti biasa, hanya pilih raket  jenis carbon atau graphite.

Bentuk frame

Disyorkan pilihan raket frame jenis Isometric, jika anda telah mempunyai skill atau teknik untuk memukul bulu tangkis tepat ke sweet spot secara konsisten, maka anda boleh juga mempertimbangkan raket berbentuk oval-head.

Berat

Manakah nak pilih 2U, 3U atau 4U? Adakah anda nak pilih raket berat atau ringan?

Raket yang berat membawa maksud anda sukar untuk menggerakkan raket tersebut dari satu posisi ke posisi yang lain. Manakala, raket yang ringan pula bermaksud anda dapat menggerakkan raket tersebut terlalu mudah. Jika anda nak menambahkan tenaga dalam pukulan-pukulan, pilih raket yang lebih berat. Untuk memudahkan anda untuk permulaan guna raket berat 3U yang merupakan berat yang sesuai untuk kebanyakan pemain.

Balance point/ Titik Keseimbangan 

Jika anda jenis pemain backcourt yang suka attack dan smash, anda patut mendapatkan raket yang head-heavy atau extra head-heavy. Raket seperti head-heavy akan membantu anda menyalurkan lebih tenaga kepada setiap pukulan.

Jika gaya permainan anda jenis bertahan dan kurang buat serangan atau smash, anda patut mendapatkan raket yang head-light atau balanced. Raket sebegini akan menambahkan kelajuan hayunan pukulan anda. Walaubagaimanapun, anda akan kehilangan lebih tenaga dalam pukulan yang dibuat dengan menggunakan raket ini.

Saiz Grip

Untuk kesesuaian pemain Asia, disyorkan pilih saiz grip jenis G4 atau G5 (Yonex terminology). Kelebihan grip lebih kecil memudahkan anda menukar grip dari forehand kepada backhand grip. Jika anda rasa tidak sesuai saiz G5, anda boleh menambahkan ketebalan grip dengan menggunakan replacement grip yang lebih tebal.

Ketegangan Tali

Sekiranya anda rasakan raket tidak memberikan cukup tenaga kepada pukulan-pukulan, cuba rendahkan ketegangan tali tersebut untuk menambahkan daya lantunan pada raket. Walaubagaimanapun, tali yang kurang tegang akan menyukarkan kawalan dan ketepatan pukulan kerana lantunan yang lebih.

INFO BERKAITAN : Raket Badminton Terbaik Untuk Dibeli 2022

Semoga perkongsian tentang tips memilih raket badminton terbaik ini dapat dijadikan panduan kepada pemula. Jangan lupa follow FB Arenasukan, IG @arenasukandotnet dan Twitter ArenaSukan.

Sumber : Kelab Badminton PDRM Kanowit

Related Posts

Add Comment