AFC B-23: OKS Muktamad Senarai 23 Pemain, Empat Pemain Digugurkan

AFC B-23: OKS Muktamad Senarai 23 Pemain, Empat Pemain Digugurkan. Menjelang perlawanan pertama antara Malaysia menentang Filipina dalam Kelayakan Piala AFC B-23 2020, ketua jurulatih skuad muda kebangsaan Datuk Ong Kim Swee telah memutuskan barisan pemain yang akan beraksi dalam kelayakan tersebut. Dalam Kelayakan Kejuaraan B-23 AFC 2020, skuad muda Malaysia diundi bersama China, Laos dan Filipina.

AFC B-23: OKS Muktamad Senarai 23 Pemain, Empat Pemain Digugurkan

Daripada 27 pemain yang mengikuti sesi latihan pusat sebelum ini, hanya 23 pemain yang dipilih untuk membawa cabaran dalam Kelayakan Piala AFC B-23 dimana empat pemain disingkirkan. Kogileswaran dari Pahang, Nazirul Arif Ibrahim (Perak), Ariusdius Jais (Sabah) dan Ariff Ar-Rasyid Ariffin (PKNS FC) antara empat nama pemain yang digugurkan.

AFC B-23: OKS Muktamad Senarai 23 Pemain, Empat Pemain Digugurkan

Skuad muda negara akan berdepan dengan Filipina dalam aksi pertama Kelayakan Piala AFC B-23 di Stadium Shah Alam. Diikuti kemudian menentang Laos pada hari Ahad dan selang dua hari bakal berdepan China. Kesemua perlawanan akan berlangsung di Stadium Shah Alam.

Ayuh semua penyokong Malaysia turun ke Stadium Shah Alam untuk memberi sokongan padu kepada pemain muda negara dalam Kelayakan Kejuaraan B-23 AFC 2020.

Foto Kredit : Team Malaysia

Related Posts

Add Comment