AFC B-23: Skuad Harimau Malaya Bakal Bertemu Laos, Kim Swee Rayu Penyokong ke Stadium

AFC B-23: Skuad Harimau Malaya Bakal Bertemu Laos, Kim Swee Rayu Penyokong ke Stadium. Jurulatih Harimau Malaya bawah 23 negara, Datuk Ong Kim Swee menyeru agar penyokong dapat hadir menyaksikan persembahan anak-anak buahnya dalam saingan Kelayakan Kejuaraan AFC B-23 2020 di Stadium Shah Alam. Pasukan Malaysia mula langkah kanan dimana berjaya menewaskan Filipina 3-0 pada aksi pertama peringkat kumpulan kejohanan itu.

Pengendali skuad muda kebangsaan berkata, sokongan daripada penyokong amat penting dalam usaha menyuntik motivasi pemain ketika beraksi dalam pusingan kelayakan di halaman sendiri. Tambahan lagi, ini merupakan peluang terbaik buat skuad Malaysia untuk memburu satu slot ke Sukan Olimpik 2020 di Tokyo, Jepun.

AFC B-23: Skuad Harimau Malaya Bakal Bertemu Laos, Kim Swee Rayu Penyokong ke Stadium

Menurut Ong Kim Swee, “Setahu saya apabila pasukan B-23 bermain, kita tahu penyokong akan hadir. Sama juga esok, di mana kita perlukan penyokong, yang secara tidak langsung akan memberikan motivasi kepada pemain.

“Ini amat penting buat skuad saya, bukan sahaja menentang Filipina tetapi ketiga-tiga perlawana termasuk Laos dan China. Saya harap penyokong dapat hadir beramai-ramai ke stadium, sekali gus memberikan sokongan padu kepada kami.” Ujar OKS yang dipetik daripada Utusan.

AFC B-23: Skuad Harimau Malaya Bakal Bertemu Laos, Kim Swee Rayu Penyokong ke Stadium

Kim Swee berkata demikian selepas penyokong tegar skuad kebangsaan, Ultras Malaya memboikot Kejohanan Piala AirMarine 2019 dan mereka menyatakan untuk memberi sokongan pada kepada skuad muda negara dalam Kelayakan Kejuaraan B-23 AFC 2020.

Kredit Foto : FAM

Related Posts

Add Comment