Walaupun pertandingan Liga super baru sahaja masuk hari ke 3 perlawanan nampaknya peminat dan penyokong setia The Red Giant tidak gemar dengan apa yang sedang berlaku dengan pasukan mereka. Maka adalah diantara mereka sudah meluahkan perasaan agar B.Sathianathan Letak Jawatan ! Ini Yang Kami Mahukan kata mereka.
Selangor FA memulakan kempen Liga super 2019 dengan penuh hambar apabila mereka setakat ini gagal mengutip 3 mata penuh apabila hanya terikat 2 kali seri pada dua perlawanan awal mereka sebelum mereka diayamkan oleh anak buah K.Rajagopal pada perlawanan ketiga baru-baru ini.
Ini membuatkan sebahagian penyokong The Red Giant tidak berpuas hati dengan corak yang dipamerkan oleh pasukan mereka di bawah kendalian ketua jurulatih B.Sathianathan. Pemain import mereka juga dipersalahkan dalam 3 perlawanan ini apabila mereka semua gagal mempamerkan aksi cemerlang sebagai seorang pemain import.
Sebelum ini dalam satu sidang media, Sathia pernah mengungkapkan bahawa beliau inginkan kejuaraan bersama Selangor FA, beliau ingin tapau semua kejuaraan yang ada. Namun nampaknya belum sempat saingan diseparuh musim beliau pula yang diingini peminat untuk terus berhenti dari menjadi ketua jurulatih.
Ini adalah sebahagian yang aku ambik daripada group fans selangor nak lebih banyak gi usha sendiri fans club selangor yang rata-rata nak Sathia out. Mereka juga mencipta satu #hastag iaitu #sathiaout
Selepas tewas dengan PKNS ini kata B.Sathianathan
“Den bertanggungjawab.” Itu reaksi pengendali skuad Selangor, B. Sathianathan, selepas pasukannya diaibkan PKNS FC 4-0 dalam aksi Liga Super di Stadium Shah Alam, malam tadi.
Sememangnya, ia adalah mimpi ngeri buat skuad Red Giants selepas mereka sekadar seri menentang Felda United dan PJ City FC sebelum ini.
Kegagalan anak buah Sathianathan untuk membendung keampuhan skuad PKNS bermula pada minit ke-26 apabila gawang mereka dibolosi susulan sepakan sudut, Chan Vathanaka, berjaya ditanduk masuk Nicolas Swirad.
Empat minit selepas rehat, PKNS menggandakan kelebihan menerusi Kpah Sean Sherman yang bijak memperdayakan penjaga gol Selangor, Khairul Azhan Khalid.
Derita tuan rumah berterusan apabila giliran Vathanaka menghasilkan gol buat PKNS pada minit ke-79 sebelum Romel Morales melengkapkan kemenangan pasukan The Red Ants.
“Den bertanggungjawab di atas kekalahan ini. Daripada jentera pertahanan hingga serangan gagal mempamerkan aksi yang terbaik,” kata Sathianathan.
“Den tidak menjangka kemenangan dengan empat jaringan dalam perlawanan ini. Tetapi Den memiliki keyakinan selepas apa yang dipamerkan pemain-pemain dalam sesi latihan,” kata jurulatih PKNS, Datuk K. Rajagobal.