Badi Seri Kembali Lagi, Perak Ikat PKNS FC 3-3 di Shah Alam

Badi Seri Kembali Lagi, Perak Ikat PKNS FC 3-3 di Shah Alam. PKNS FC dan pasukan Perak pula memberikan persembahan menarik kepada peminat bola sepak di Malaysia pada malam ini dengan perlawanan yang menyeronokkan antara kedua-dua pasukan di Stadium Shah Alam. Dalam aksi sebelum ini kedua-dua pasukan mencatat keputusan 2-2 hasil jaringan Gabriel Guerra, Morales, Shahrel Fikri dan Gilmar.

Sepak bola bermula menyaksikan Kpah Sherman muncul penjaring gol pertama untuk pusingan kedua Liga Super 2019 musim ini apabila meledak seawal minit ke-4 di Shah Alam! Red Ants mendahului. Reaksi pantas dari The Bos Gaurus selepas sepakan percuma dari Nazirul Naim ditanduk masuk oleh Brendan Gan pada minit ke-11 bagi menyamakan kedudukan di Shah Alam.

Badi Seri Kembali Lagi, Perak Ikat PKNS FC 3-3 di Shah Alam

Red Ants kembali mendahului di Shah Alam kali ini melalui tandukan cantik pertahanan mereka, Nicholas Swirad pada minit ke-43. Separuh masa pertama mencatatkan pasukan tuan rumah mendahului 2-1 di halaman sendiri.

Sepak mula separuh masa kedua, sentuhan pertama J.Partiban dalam perlawanan ini menghasilkan gol penyamaan buat pelawat pada minit ke-49. The Bos Gaurus kembali setara dengan Red Ants. Tidak sampai 3 minit Perak menjaringan gol, PKNS FC kembali memberi reaksi pantas dengan rembatan Kpah Sherman yang terbias Zac Anderson terus menerjah jaring Hafizul Hakim.

Sepakan percuma dari Nazirul Naim terbias pertahanan PKNS FC dan terus menerjah jaring Zharif Irfan! Kedua-dua pasukan menyamai keputusan 3-3. Jaringan tersebut kekal sehingga wisel ditiupkan pada perlawanan ini.

Perlawanan penuh gol di Shah Alam namun Nazirul Naim menyelamatkan Perak dari tewas kepada Red Ants.

Foto Kredit : MFL

Related Posts

Add Comment