Bekas Kapten TRW Piya Kecewa KAFA Masih Tidak Lunaskan Gajinya

Bekas Kapten TRW Piya Kecewa KAFA Masih Tidak Lunaskan Gajinya. Siapa tidak kenali bekas kapten The Red Warriors, Mohd Badhri Radzi atau Piya kecewa dengan sikap mendiam diri daripada Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) berhubung isu tunggakan gajinya yang masih belum dilunaskan.

Bekas Kapten TRW Piya Kecewa KAFA Masih Tidak Lunaskan Gajinya

Bekas Kapten TRW Piya Kecewa KAFA Masih Tidak Lunaskan Gajinya

Ini berikutan Piya telah ditamatkan kontraknya bersama pasukan Kelantan November lalu. Musim baharu, Piya sudah menandatangani kontrak dengan skuad Perlis dalam Liga Malaysia musim 2019.

Menurut kata Piya ;

“Kali terakhir saya menerima pembayaran iaitu separuh akhir pada April lalu selepas dipinggirkan daripada skuad The Red Warriors.

“Biarpun KAFA telah menjelaskan nama saya tiada dalam perancangan mereka, namun kontrak yang ditandatangani perlu dihormati.

“Sebagai pemain, saya ingin menuntut hak tersebut.

“Hampir tujuh bulan saya menunggu KAFA untuk membayar gaji sebagaimana yang tertulis dalam kontrak,” katanya.

Piya berharap pihak KAFA menemui beliau dan menyelesaikan kemelut gaji ini segera. Selamat maju Piya bersama dalam pasukan Perlis FA.

Related Posts

Add Comment