Biodata Fernando Forestieri Pemain Import JDT 2022

Biodata Fernando Forestieri Pemain Import JDT 2022. Liga Super Malaysia musim 2021 telah berlabuh tirai menyaksikan juara bertahan, Johor Darul Ta’zim berjaya mengekalkan kejuaraan Liga Super Malaysia buat kali ke-8 berturut-turut. Walaupun bagaimanapun, pasukan JDT tidak berjaya menjuarai Unifi Piala Malaysia 2021 apabila tewas dengan Kuala Lumpur City FC. Menerusi portal FB Johor Southern Tigers, mengumumkan pemain import baharu iaitu Fernando Forestieri untuk mengharungi Liga Malaysia musim 2022. Kehadiran Fernando Forestieri untuk memantapkan bahagian serangan dan bakal bergandingan bersama Bergson.

Biodata Fernando Forestieri Pemain Import JDT 2022

Fernando Martin Forestieri atau lebih dikenali sebagai Fernando merupakan pemain kelahiran Argentina dan bermain di posisi penyerang atau attacking midfielder. Menurut statistik, Fernando Forestieri pernah bermain beberapa kelab Eropah iaitu Genoa, Vicenza, Watford, Sheffield Wednesday dan Udinese. Kemasukan pemain ini untuk persiapan buat pasukan JDT yang menjadi pasukan pertama dari Malaysia yang akan bermain di Liga Juara-Juara AFC 2022. Mampukah Fernando Forestieri menggalas tugas berat sebagai serangan baharu JDT?

Biodata Fernando Forestieri Pemain Import JDT 2022

Berikut adalah biodata Fernando Forestieri pemain import baharu pasukan Johor Darul Ta’zim musim 2022 :

  • Nama Penuh: Fernando Martin Forestieri
  • Nama Popular: Fernando
  • Asal: Rosario, Argentina
  • Umur: 32 Tahun (2022)
  • Posisi: Penyerang dan Attacking Midfielder
  • Ketinggian : 1.72m
  • Kelab Dahulu: Genoa, Siena (loan), Vicenza (loan), Malaga (loan), Empoli (loan), Bari (loan), Watford, Sheffield Wednesday dan Udinese
  • Kelab Sekarang: Johor Darul Ta’zim

Pengumuman Fernando Forestieri Dari Portal Johor Southern Tigers

Biodata Fernando Forestieri Pemain Import JDT 2022

Semoga kehadiran Fernando Forestieri dapat memperkuatkan jentera serangan pasukan Johor Darul Ta’zim dalam mengharungi Liga Malaysia dan Asia Champions League musim 2022.

Sumber : wikipedia

Related Posts

Add Comment