Piala FA: Perak Mengecewakan Negeri Sembilan Dengan Jaringan 2-1

Piala FA: Perak Mengecewakan Negeri Sembilan Dengan Jaringan 2-1. Perak berjaya mencatatkan kemenangan 2-1 ke atas Negeri Sembilan dalam pusingan kedua Piala FA 2019 sebentar tadi. Skuad The Boss Gaurus menerima kunjungan pasukan Negeri Sembilan di Stadium Perak, Ipoh. Perlawanan bermula menyaksikan pasukan pelawat menguji pemain Perak setelah Ferris Daniel berjaya merampas bola daripada Kenny Pallraj pada minit ke-6. Namun, rembatan tersebut berjaya ditepis oleh penjaga Perak, Hafizul Hakim.

Piala FA: Perak Mengecewakan Negeri Sembilan Dengan Jaringan 2-1

Setelah asakan demi asakan ke kubu pasukan tuan rumah akhirnya pada minit ke-40, Nazirul Naim meletakkan pasukan Perak di hadapan setelah menerima hantaran cantik daripada Wander Luiz. Selepas itu, penyerang import Perak, Gilmar da Silva hampir menjaringkan gol namun percubaannya dinafikan oleh penjaga gol Negeri Sembilan, Kaharuddin.

Masuk separuh masa kedua menyaksikan skuad Sang Rusa menyamakan kedudukan di Ipoh setelah sepakan percuma Shunsuke Nakatake berjaya ditanduk baik oleh Almir Neto.

Shahrel Fikri kembali meletakkan The Bos Gaurus di hadapan setelah menyudahkan hantaran dari sebelah kanan oleh Partiban. Jaringan tersebut meletakkan skuad Perak mendahului keputusan 2-1 di Stadium Perak, Ipoh.

 

Tuan rumah layak ke pusingan seterusnya selepas mengecewakan Negeri Sembilan dengan jaringan 2-1. Gol Perak dijaringkan oleh Nazirul Naim dan Shahrel Fikri manakala Negeri Sembilan oleh Almir Neto.

Foto Kredit : Negeri Sembilan FA

Related Posts

Add Comment