Cara Beli Tiket Bola Pahang FC 2023 Online. Nak beli tiket bolasepak? Berita baik buat penyokong Sri Pahang FC yang hendak membuat pembelian tiket untuk perlawanan bolasepak Pahang. Untuk makluman, kini Kelab Bolasepak Pahang telah memperkenalkan satu aplikasi mudah alih iaitu Aplikasi Pahang FA untuk pembelian tiket bolasepak secara online menerusi mobile.

PahangFA Official Mobile Apps telah dibangunkan oleh syarikat teknologi dari Kuala Lumpur, Mirfalah Sdn Bhd dengan hasil kerjasama Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP). Dalam aplikasi ini, pengguna boleh membuat pembelian tiket (e-Ticketing), penjualan merchandise rasmi Pahang FA, maklumat pemain bolasepak Pahang dan banyak lagi akan datang.
Cara Beli Tiket Bola Pahang FC 2023 Online
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Aplikasi Pahang FA termasuk memaparkan kegunaan dan cara pembelian :
Kegunaan Aplikasi Pahang FA
Apa yang anda boleh buat dengan PahangFA App?
- Beli tiket perlawanan
- Beli merchandise rasmi Pahang FA
- Berita terkini Pahang FA
- Maklumat pemain Pahang FA
Cara Pembelian Tiket Bola Pahang FA App
- Sila muat turun aplikasi Pahang FA melalui google playstore (android) dan apple store (ios).
- Cari “Schedule” perlawanan yang dipaparkan di screen telefon anda.
- Klik pada butang “Buy Ticket”.
- Pilih berapa seat yang anda mahukan sama ada yang berbumbung atau terbuka.
- Isikan maklumat diri anda dengan lengkap.
- Klik pada butang “Pay Now” untuk membuat pembayaran tiket.
- Selepas pembelian tiket secara online, anda menerima ‘QR Code’ untuk setiap tiket.
- ‘QR Code’ hanya boleh didapati di PahangFA App dan email yang berdaftar.
- Di pintu masuk stadium, anda hanya perlu memaparkan ‘QR Code’ kepada penjaga pintu Pahang FA untuk diimbas.

BACA JUGA : Jadual Perlawanan Pahang FC Liga Super 2023