CEO KRW Letak Jawatan, Dedah ‘Foul-Play’ Antara KAFA & Bibi Ramjani

CEO KRW Letak Jawatan, Dedah ‘Foul-Play’ Antara KAFA & Bibi Ramjani. Jika sebelum ini pemain import The Red Warriors, Raul Tarragona meninggalkan pasukan itu atas persetujuan bersama dengan KAFA. Kini, bolasepak Kelantan menerima satu lagi tamparan hebat apabila Ketua Pegawai Eksekutif KRW Sdn Bhd, Fazli Mohammad membuat keputusan meletak jawatan serta merta secara rasminya hari ini ketika isu tunggakan gaji pasukan Kelantan masih hangat diperkatakan.

CEO KRW tidak mahu pihaknya terus menerus dipersalahkan dan menjadi ‘kambing hitam’ dalam soal kegagalan membayar hutang mahupun gaji pemain-pemain The Red Warriors sepertimana dijanjikan. Fazli turut mendedahkan mengenai ‘foul-play’ oleh Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) yang membawa kepada situasi itu.

CEO KRW Letak Jawatan, Dedah ‘Foul-Play’ Antara KAFA & Bibi Ramjani

Dalam kenyataan CEO KRW menyenaraikan beberapa perkara yang menjadi permasalahan antara pihaknya dengan Persatuan Bolasepak Kelantan (KFA). Menurut katanya, “Selepas termeterai perjanjian pada 24 Januari (2019), sebuah syarikat diwujudkan dengan KRW menguasai majoriti 70% manakala Bibi Ramjani (Ilias Khan) dan KAFA menguasai 30% di dalam syarikat yang dinamakan Kelantan Red Warriors (KRW) Sdn Bhd.

“Selepas perjanjian ditandatangani pada 24 Januari pihak Bibi Ramjani dan KAFA wajib menyerahkan kuasa sepenuhnya ke atas KRW Sdn Bhd kepada saya termasuklah akaun bank, buku cek serta dokumen-dokumen berkaitan kontrak pemain, penajaan, serta hutang lama dan hutang gaji bekas pemain-pemain Kelantan sepertimana yang tercatat di dalam dokumen perjanjian.

Fazli berkata lagi, “KRW sedar segala proses penyerahan seperti di atas pasti mengambil masa mungkin seminggu, sebulan mahupun dua bulan bergantung kepada selaju mana pihak Bibi Ramjani dan KAFA menguruskan segala dokumen untuk penyerahan kuasa,”

“Pada 2 Februari pihak KRW sedar kedudukan kewangan KAFA dan KRW bersetuju untuk meminjamkan sejumlah wang untuk membantu membayar gaji pemain skuad Liga Premier Kelantan menggunakan cek akaun syarikat KRW sendiri.

CEO KRW Letak Jawatan, Dedah 'Foul-Play' Antara KAFA & Bibi Ramjani

Fazli turut menjelaskan bahawa hasil kutipan tiket perlawanan antara Kelantan menentang Sabah berjumlah RM130,000 juga diambil sepenuhnya oleh KAFA dan bukannya KRW Sdn Bhd kerana KAFA sendiri menyedari bahawa KRW Sdn Bhd belum boleh berfungsi selagi semua dokumen yang diminta tidak diserahkan.

“Dalam masa sama, timbul lagi hutang-hutang KAFA yang tidak ada di dalam senarai dokumen perjanjian kami. Saya telah meminta peguam saya selepas pertemuan 6 Mac itu untuk mengurus dan menyediakan dokumen pembatalan perjanjian yang ditandatangani pada Januari lalu jika pihak Bibi Ramjani dan KAFA masih gagal menyerahkan segala yang diminta pihak kami selewat-lewatnya 25 Mac 2019.

Dalam kenyataan sama, Fazli turut mendedahkan pihak KRW tidak pernah ambil dari pihak KAFA malahan pihak saya dan rakan-rakan telah meminjamkan dan mendahulukan beberapa bayaran bagi pihak KAFA berjumlah mencecah RM400,000 dalam tempoh masa dua bulan ini.

Dengan itu, Fazli secara rasminya meletak jawatan sebagai CEO KRW dan Naib Presiden TRW serta merta menerusi kenyataannya hari ini. Persoalannya apakah kemelut yang dialami dalam pentadbiran KAFA?

Kredit Sumber : Foxsport Asia

Foto Kredit : Kelantan Red Warriors

Related Posts

Add Comment