FAM Perjelaskan Pengadil Fitri Maskon, Kenapa Integriti Pemain Tidak Pernah Dipersoal?

FAM Perjelaskan Pengadil Fitri Maskon, Kenapa Integriti Pemain Tidak Pernah Dipersoal. Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mempertahankan keputusan mereka untuk meletakkan pengadil kelahiran Johor, Fitri Maskon bagi mengadili perlawanan antara Johor Darul Ta’zim dan Felda United dalam saingan Liga Super pada Jumaat lalu. FAM mengesahkan pengadil Fitri Maskon yang ditugaskan mengadili didaftarkan di bawah Persatuan Bola Sepak Melaka (MUSA).

Menerusi satu kenyataan media, Pengerusi Jawatankuasa Pengadil FAM, MD Dali Wahid menjelaskan, “Fitri lahir di negeri Johor tetapi membesar dan bertugas di Melaka sebagai pegawai JPJ. Beliau didaftar sebagai pengadil di Melaka jadi daripada segi pelantikan pengadil, kita memilih berdasarkan kepada di mana pengadil itu didaftarkan bukan mengikut negeri kelahiran.

FAM Perjelaskan Pengadil Fitri Maskon, Kenapa Integriti Pemain Tidak Pernah Dipersoal?

“Jangan hanya kerana beliau lahir di Johor, terdapat tanggapan bahawa integriti pengadil berkenaan telah dipengaruhi faktor negeri kelahirannya. Ini bukan pertama kali dan amalan yang telah menjadi kebiasaan, semua pelantikan pengadil perlawanan telah dilakukan dengan cukup professional dan teliti mengikut negeri mereka didaftarkan dan juga tahap kelayakan mereka.”

Dalam pertemuan antara Johor Darul Ta’zim dengan Felda United menyaksikan tiga layangan kad merah oleh pengadil Fitri Maskon terhadap pemain The Fighters selain lapan minit masa tambahan diberikan. Perlawanan itu berakhir dimana pasukan tuan rumah melakar kemenangan ke atas FELDA United dengan keputusan 3-1.

FAM Perjelaskan Pengadil Fitri Maskon, Kenapa Integriti Pemain Tidak Pernah Dipersoal? 

Dali turut menyenaraikan pengadil-pengadil yang pernah ditugaskan untuk mengadili perlawanan membabitkan pasukan negeri kelahiran sepanjang musim 2019 antaranya Amirul Izwan Yaacob dari Kedah (Kedah vs PKNS, 2 Mac 2019),Razlan Joffli Ali dari Terengganu (Terengganu vs Perak, 1 Mac 2019) dan Nazmi Nasaruddin dari Kuala Lumpur (KL vs Pahang, 1 Februari 2019).

Dali menambah lagi, “Semua mereka ini mengadili perlawanan yang melibatkan negeri kelahiran mereka tanpa sebarang pertikaian pun. Dan apa yang berlaku pada perlawanan JDT bertemu Felda United, jelas bukan perkara baharu yang perlu dijadikan isu oleh sesetengah pihak.”

Menerusi laman sosial JOHOR Southern Tigers juga turut menzahirkan rasa kecewa terhadap pemilihan pengadil Fitri Maskon yang mengadili perlawanan antara JDT dengan Felda United yang menganggap ia sepatutnya tidak berlaku dan menyelar FAM sebagai tidak professional.

FAM Perjelaskan Pengadil Fitri Maskon, Kenapa Integriti Pemain Tidak Pernah Dipersoal? 

Sementara itu, Dali mengulas lagi mengenai tanggapan bahawa FAM sengaja meletakkan pengadil tertentu secara berulang kali bagi mengadili perlawanan membabitkan JDT, pihak FAM menangkis dakwaan dan menjelaskan bahawa sehingga perlawanan ke-8 Liga Super diharungi JDT, FAM telah melantik lapan pengadil berbeza untuk setiap aksi perlawanan JDT.

Sumber : FAM

Foto Kredit : JST

Related Posts

Add Comment