JDT Luah Rasa Kesal Terhadap FAM, Tuntut Perjelaskan Kedudukan Fitri Maskon

JDT Luah Rasa Kesal Terhadap FAM, Tuntut Perjelaskan Kedudukan Fitri Maskon. Kelab Bolasepak Johor Darul Takzim (JDT) meluahkan rasa kesal dengan prosedur Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam pemilihan pengadil. Ramai mengatakan pengadil perlawanan iaitu Fitri Maskon yang mengadili antara Johor Darul Ta’zim dengan Felda United adalah anak kelahiran Johor. Menerusi laman sosial Johor Southern Tigers, Pengarah Teknikal JDT, Alistair Edwards berkata “Jikalau betul apa yang diperkatakan pengadil perlawanan berasal dari Johor, maka FAM perlu bertanggungjawab atas kelemahan tersebut.”

“Kami kesal dengan prosedur FAM dalam pemilihan pengadil dan ia perlu diubah. Ia tidak kelihatan bagus ataupun professional pada pihak FAM. FAM perlu ada sikap lebih bertanggungjawab bagi mengelakkan kejadian seperti ini berulang lagi.”

JDT Luah Rasa Kesal Terhadap FAM, Tuntut Perjelaskan Kedudukan Fitri Maskon

Berdasarkan keputusan perlawanan, pengadil berusia 31 tahun itu sudah mencetus kontroversi dan diperdebatkan dalam kalangan penyokong bolasepak tempatan. Dimana ia diburukkan lagi dengan beberapa keputusan oleh pengadil yang melayangkan tiga kad merah kepada pemain Felda United.

Alistair berkata, “Terdapat banyak komen mengenai pengadilan, terutamanya mengenai tiga kad merah kepada pemain Felda. Adakah ini menjadi isu hanya disebabkan kerana lawan mereka adalah JDT. Saya mempersoalkan ini kerana ketiga tiga kad merah tersebut adalah kesalahan kad kuning kedua selepas pemain pemain itu melakukan kesalahan yang sewajarnya dikenakan hukuman.

JDT Luah Rasa Kesal Terhadap FAM, Tuntut Perjelaskan Kedudukan Fitri Maskon

Walaubagaimanapun Alistair mempertahankan keputusan pengadil itu dimana pemain The Fighters ada mengasari lawan daripada belakang, membuang masa perlawanan dan menolak pegawai perlawanan. Alistair menganggap layangan kad merah kepada Zahril Azri, Thiago Junior dan Hadin Azman bukan satu kesilapan.

Selain insiden kad merah tersebut, pengadil itu juga memberi hampir sepuluh minit masa kecederaan dimana menyaksikan skuad JDT menjaringkan dua gol dalam tempoh tersebut menerusi Akhyar Rashid dan Diogo Luis Santo. Keputusan itu berakhir dengan mengesahkan kemenangan 3-1 kepada pasukan tuan rumah.

Foto Kredit : JST

Related Posts

Add Comment