Pembatalan Perlawanan Perlis, JDT II & UKM FC Kehilangan Tiga Mata!

Pembatalan Perlawanan Perlis, JDT II & UKM FC Kehilangan Tiga Mata. Berikutan penyingkiran pasukan Perlis dalam kancah Liga Malaysia 2019 selepas gagal menampilkan dana kewangan yang mencukupi dan isu tunggakan gaji. Terdapat beberapa pasukan daripada Liga Premier turut terpalit dengan kemelut ini. Menerusi makluman terkini daripada Malaysian Football Malaysia (MFL), memaklumkan semua perlawanan Liga Premier 2019 membabitkan pasukan Perlis dibatalkan serta-merta.

Sekaligus dua pasukan iaitu JDT II dan UKM FC yang menewaskan skuad Singa Utara tidak diambilkira. Bermakna JDT II dan UKM FC kehilangan tiga mata hasil kemenangan ke atas Perlis tempoh hari.

Pembatalan Perlawanan Perlis, JDT II & UKM FC Kehilangan Tiga Mata!

Perlis telah beraksi dalam tiga perlawanan sebelum ini, dimana pasukan UKM FC menewaskan Perlis 3-1 pada 3 Februari, manakala pula JDT tumpaskan Perlis 2-1 pada 15 Februari lalu. Lagi satu perlawanan, skuad Singa Utara membenam UiTM FC 3-1.

Semua jaringan gol, jumlah mata dan jumlah perlawanan yang telah berlangsung membabitkan pasukan Perlis NL akan dikira kosong. Walaubagaimanapun, pengumpulan kutipan kad kuning dan kad merah dikekalkan seperti biasa.

Pembatalan Perlawanan Perlis, JDT II & UKM FC Kehilangan Tiga Mata!

Susulan penyingkiran pasukan Perlis, hanya terdapat 11 pasukan yang akan terus beraksi sehingga penghujung Liga Premier musim 2019 dan jadual perlawanan membabitkan Perlis akan dikeluarkan.

Sumber : MFL

Related Posts

Add Comment