Forkey Doe Bakal Ke Pahang, Hadir Sesi Latihan Tok Gajah? Menjadi tanda tanya kelibat bekas pemain import Pahang dan juga penyerang Liberia, Francis Forkey Doe dilihat menyertai sesi latihan pasukan Pahang FA. Hal ini dikongsikan sendiri di laman Instagram Forkey Doe pada petang kelmarin, 7 Februari 2019 yang menunjukkan beliau menyertai sesi latihan pasukan Pahang.
Nama Forkey Doe tidak asing lagi dalam kancah bolasepak Malaysia dimana pemain berusia 33 tahun ini mula beraksi bersama pasukan Terengganu sekitar tahun 2012 sebelum berpindah ke beberapa pasukan lain antaranya Selangor, Kelantan, Negeri Sembilan dan Felda United.
Forkey Doe Bakal Ke Pahang, Hadir Sesi Latihan Tok Gajah?
Pada musim 2018, Pahang FA berjaya mendaftarkan Forkey Doe selaku pemain import terakhir sebelum jendela perpindahan ditutup dan rezeki beliau tidak berpanjangan disini setelah disahkan mengalami keretakan tulang dan kecederaan meniskus di bahagian lututnya. Beliau terpaksa berehat panjang dan dilepaskan oleh Persatuan Bolasepak Pahang bermula april 2018 sehingga tamat musim lalu.
Adakah Forkey Doe akan ke pasukan Pahang FA semula? Jika dilihat kepada senarai pemain import yang dimiliki Pahang sekarang, skuad Tok Gajah telah mempunyai lima pemain import iaitu Safuwan Baharudin, Saddil Ramdani, Herold Goulon, Dickson Nwakaeme dan Jose Eduardo (Ze Love).
Sumber : Foxsport Asia