PKNP FC Gagal Manfaatkan Peluang, Ikat JDT 1-1 di Manjung

PKNP FC Gagal Manfaatkan Peluang, Ikat JDT 1-1 di Manjung. Saingan Liga Super Malaysia kembali. Malam ini, PKNP FC menerima kunjungan pendahulu Liga Super 2019, Johor Darul Ta’zim di Stadium Mini Manjung, Perak bagi aksi ke-16.¬†PKNP FC mengikat pendahulu Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) 1-1 dalam perlawanan Liga Super di Stadium Majlis Perbandaran Manjung, sebentar tadi.

Skuad JDT kendalian Benjamin Mora terlebih dulu menguji benteng tuan rumah sebaik sepak mula dengan asakan bertali arus ke pintu gol lawan. Pasukan pelawat mendahului PKNP FC pada minit ke-4 perlawanan selepas Diogo Luis Santo mudah menyempurnakan jaringan dan merupakan gol ke-9 dalam Liga Super musim ini.

PKNP FC Gagal Manfaatkan Peluang, Ikat JDT 1-1 di Manjung

Tersentak dengan gol itu, skuad PKNP FC kendalian Abu Bakar Fadzim mula memperkemaskan permainan dan berjaya menghasilkan gol penyamaan pada minit ke-14 selepas hasil tolakan mudah Ramon Da Silva Costa hasil tandukan Giancarlo Lopes Rodrigues. Keputusan semasa 1-1 di Manjung.

Bermula babak kedua, kedua-dua pasukan mempamerkan corak permainan berhati-hati dan JDT memiliki peluang untuk mendapatkan gol pada minit ke-56 selepas dihadiahkan sepakan penalti oleh pengadil perlawanan. Namun, Gonzalo Cabrera gagal menyempurnakannya apabila sepakannya melambung tinggi melepasi palang gol.

Aksi kedua-dua pasukan itu mula menjadi panas apabila masing-masing bernafsu mencari gol sehingga pemain tengah Johor Darul Ta’zim, Mohd Afiq Fazail dilayangkan kad merah selepas mengasari ke atas pemain tuan rumah.¬†Kelebihan itu bagaimanapun gagal dimanfaatkan PKNP FC dan keputusan seri 1-1 kekal sehingga tamat perlawanan di Manjung.

Selepas tamat perlawanan turut berlaku kekecohan antara pemain kedua-dua pasukan di tepi padang namun berjaya dileraikan pengadil serta pengurusan pasukan. Skuad Johor Darul Ta’zim masih mengekalkan kedudukan pertama Liga Super Malaysia 2019 selepas berlangsung 16 perlawanan setakat kini.

Foto Kredit : JST

Related Posts

Add Comment