Piala Suzuki AFF 2018 : Ramalan Kesebelasan Utama Malaysia vs Thailand

Piala Suzuki AFF 2018 : Ramalan Kesebelasan Utama Malaysia vs Thailand. Misi hidup mati buat pasukan Malaysia kendalian Tan Cheng Hoe yang akan bertandang ke Stadium Rajamangala dimana skuad Harimau Malaya akan bertemu lagi sekali pasukan Thailand dalam aksi Separuh Akhir Kedua Piala Suzuki AFF 2018. Dijangka perlawanan ini agak sukar buat pasukan Malaysia yang akan dipenuhi puluhan ribu penonton ‘The War Elephants’.

Perlawanan ini akan berlangsung pada hari Rabu, 5 Disember 2018 bermula jam 8.00 malam di Stadium Rajamangala. Berdasarkan perlawanan sebelum ini pasukan negara gagal menyempurnakan peluang gol walaupun berjaya menghasilkan 16 peluang dan 2 tendangan tepat ke gawang. Siapakah pemain yang akan membarisi perlawanan malam ini!

Piala Suzuki AFF 2018 : Ramalan Kesebelasan Utama Malaysia vs Thailand

Kredit : FAM

Piala Suzuki AFF 2018 : Ramalan Kesebelasan Utama Malaysia vs Thailand

1. FARIZAL MARLIAS

Piala Suzuki AFF 2018 : Ramalan Kesebelasan Utama Malaysia vs Thailand

Dalam perlawanan peringkat kumpulan Piala Suzuki AFF 2018, Tan Cheng Hoe memberikan kepercayaan kepada Apek untuk menjaga gawang gol Malaysia. Tapi, dengan aksi konsisten daripada Farizal Marlias dalam peringkat Separuh Akhir Piala Suzuki AFF 2018, sudah psstinya beliau akan menjadi gol utama dalam perlawanan malam ini.

2. SYAHMI SAFARI

Jika dilihat daripada posisi pertahanan bahagian kanan, skuad negara tiada pilihan lain selain Syahmi Safari yang berjaya menggalas tugas dalam beberapa perlawanan sebelum ini. Beliau banyak menggagalkan aksi pemain lawan dan rajin turun naik untuk membantu pemain sayap kanan.

3. SHAHRUL SAAD

Pemain pertahanan tengah Perak, Shahrul Saad antara pemain pilihan yang sudah pasti akan diturunkan untuk menjaga gawang daripada dibolosi jaringan gol. Beliau bermain baik sangat baik dalam perlawanan sebelum ini bergandingan bersama Aidil Zafuan.

4. AIDIL ZAFUAN

Tidak perlu dipertikaikan lagi, Aidil Zafuan banyak menggagalkan aksi pemain pihak lawan sebelum ini dimana beliau dijangka akan diturunkan bersama Shahrul Saad di posisi bek tengah.

5. NAZIRUL NAIM

Piala Suzuki AFF 2018 : Ramalan Kesebelasan Utama Malaysia vs Thailand

Bek kiri, Nazirul Naim dijangka akan diturunkan dalam perlawanan malam ini dimana Syazwan Andik dilaporkan mengalami kecederaan dalam perlawanan Separuh Akhir Pertama Piala Suzuki AFF 2018 bertemu Thailand.

6. SYAMER KUTTY ABBA

Pemain muda negara, Syamer Kutty Abba sudah tentu menjadi pilihan untuk diturunkan berdasarkan perlawanan sebelum ini beliau banyak membantu skuad Malaysia di bahagian serangan dan pertahanan. Dalam aksi di Bukit Jalil, beliau telah dipilih sebagai pemain Man of the Match dalam perlawanan tersebut.

7. AKRAM MAHINAN

Walaupun dikritik hebat aksi yang dipamerkan oleh Akram Mahinan dalam beberapa perlawanan sebelum ini, namun dijangka pemain ini akan diturunkan bergandingan bersama Syamer Kutty Abba di bahagian tengah. Beliau antara pemain yang banyak membuat halangan di jentera pertahanan.

8. SAFAWI RASID

Pemain sensasi Johor Darul Ta’zim, Safawi Rasid dijangka akan diturunkan dalam perlawanan ini dimana beliau mempunyai beberapa peluang keemasaan dalam aksi pertama di Bukit Jalil.

9. NORSHAHRUL IDLAN TALAHA

Piala Suzuki AFF 2018 : Ramalan Kesebelasan Utama Malaysia vs Thailand

Norshahrul atau Matyo dijangka membarisi di bahagian attacking midfield yang akan menjadi perancang dan merencanakan peluang buat pemain penyerang.

10. AKHYAR RASHID

Piala Suzuki AFF 2018 : Ramalan Kesebelasan Utama Malaysia vs Thailand

Memandangkan Mahamadou Sumareh mengalami kecederaan dalam aksi pertama Separuh Akhir Piala Suzuki AFF 2018, dijangka posisi tersebut akan diisi oleh Akhyar Rashid.

11. ZAQUAN ADHA

Zaquan Adha yang diberikan tanggungjawab sebagai kapten Harimau Malaysia dalam kejohanan ini, dijangka akan menggalas sebagai penyerang tengah.

Semoga skuad Harimau Malaya berjaya mencatat kemenangan di Stadium Rajamangala sekaligus melangkah ke pentas akhir Piala Suzuki AFF 2018.

Related Posts

Add Comment