JDT Mengutip 3 Mata di Larkin, Dua Gol Penalti Meranapkan Impian PKNP FC!

JDT Mengutip 3 Mata di Larkin, Dua Gol Penalti Meranapkan Impian PKNP FC! Misi sukar buat PKNP FC yang bertandang ke Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos. PKNP FC bertemu dengan Johor Darul Ta’zim dalam aksi keenam saingan Liga Super Malaysia 2019. Dalam perlawanan ini skuad JDT kendalian Luciano Figueroa memasukkan Akhyar Rashid sebagai pemain utama mengisi tempat Safawi Rasid yang menjadi pemain gantian.

Babak pertama, JDT menguasai perlawanan dengan merencanakan serangan ke kubu lawan. Akhirnya JDT berjaya menembusi gol PKNP FC pada minit ke-27 apabila Leandro Velazquez menyempurnakan jaringan gol. JDT terus menggandakan serangan di kotak pintu gol lawan.

JDT Mengutip 3 Mata di Larkin, Dua Gol Penalti Meranapkan Impian PKNP FC!

Pasukan Harimau Selatan menerima sepakan penalti pada minit ke-36 dan Luis Santo tidak mempersiakan peluang ini dengan menjaringkan gol. Beberapa minit kemudian, sekali lagi JDT menerima sepakan penalti selepas penjaga gol PKNP FC mengasari Diogo Santo. Kali ini, Gonzalo Cabrera pula menyempurnakan sepakan penalti ke pintu gol lawan.

Masuk separuh masa kedua, PKNP FC menunjukkan kebangkitan dengan melancarkan serangan ke kubu JDT. Namun, skuad PKNP FC buntu untuk menghasilkan gol.

Perlawanan tamat memihak kepada JDT dimana keputusan berakhir dengan 3-0 di Larkin. Dengan keputusan itu, kini JDT telah memintas semula kedudukan teratas Liga Super Malaysia 2019.

JDT: Farizal Marlias, Adam Nor Azlin, Diogo Luís Santo, Gonzalo Cabrera, S. Kunanlan, Hariss Harun (C), Leandro Sebastián Velázquez, Akhyar Rashid, Nazmi Faiz, La’Vere Corbin-Ong, Maurício dos Santos Nascimento

PKNP: Shafiq Afifi Suhaimi, Sukri Hamid (C), Amani Manual Aguinaldo, Fadhil Idris, Siyovush Asrorov, Yashir Armando Pinto Islame, Thomas Abbey, Rafiq Faeez Fuad, Filemon Standly, Ibni Khozaimi, Giancarlo Lopes Rodrigues

Kredit Foto : JST

Related Posts

Add Comment