Hadi Fayyadh Sah Berhijrah ke Kelab Jepun Fagiano Okayama. Penyerang Bola Sepak Kebangsaan Negara Bawah 19 Tahun, Hadi Fayyadh Abdul Razak kini sah berhijrah ke Kelab Divisyen 2 J-League, Fagiano Okayama untuk tempoh satu tahun. Sebelum ini, Hadi Fayyadh pernah menjalani dua kali latihan percubaan bersama kelab Fagiano Okayama iaitu pada bulan September dan November yang lepas.
Hadi Fayyadh Sah Berhijrah ke Kelab Jepun Fagiano Okayama
Dalam satu Majlis Menandatangani Kontrak bersama Kelab Fagiano Okayama di Pusat Latihan Masada Okayama, Hadi Fayyadh nyata terlalu gembira dengan kejayaan tersebut. Ini adalah merupakan cita-cita saya sejak kecil dan juga merupakan satu permulaan yang baik bagi saya untuk meningkatkan kemahiran diri.
Selain itu, Hadi Fayyadh menyifatkannya peluang yang di terima ini adalah sebagai medan yang terbaik kepada dirinya untuk meningkatkan prestasi diri selain mengucapkan penghargaan kepada pihak Yakult Malaysia atas usaha mereka membantunya untuk mendapat tempat di Jepun
Semoga kehadiran Hadi Fayyadh ke kelab Jepun dapat meningkatkan prestasi beliau sekaligus dapat turut membantu skuad muda negara di pentas antarabangsa.