Isu MFL-TM Makin Tegang, Heret Saya ke Mahkamah – TMJ

Isu MFL-TM Makin Tegang, Heret Saya ke Mahkamah – TMJ. Nampaknya isu penamatan kontrak antara Telekom Malaysia (TM) dengan Malaysian Football League (MFL) semakin bertambah tegang. Ini ekoran selepas MFL menyatakan kontrak penajaan dengan TM selaku penaja utama dalam saingan Liga Malaysia terpaksa dibatalkan. Namun, TM telah pun tampil menafikan dakwaan itu, dengan menjelaskan tiada perjanjian ditandatangani antara kedua-dua pihak.

Isu ini mendapat perhatian pengerusi MFL sendiri iaitu Tunku Ismail Ibrahim yang juga pemilik Bolasepak Johor Darul Ta’zim. Baginda mengatakan jika baginda (TMJ) menipu berkenaan isu penamatan kontrak tajaan TM yang dibuat pada jumaat yang lalu maka baginda mencabar Telekom mengheretnya ke mahkamah.

Isu MFL-TM Makin Tegang, Heret Saya ke Mahkamah – TMJ

Selain daripada itu, baginda turut meluahkan rasa terkilannya apabila sukan sudah mula dicampur adukkan dengan politik tanah air. Katanya jika perkara ini terus berada dalam arena bolasepak tanah air maka satu kerugian besar dalam agenda bolasepak akan berlaku.

Isu MFL-TM Makin Tegang, Heret Saya ke Mahkamah - TMJ

Baginda turut memetik apabila pertukaran kerajaan antara punca kontrak tersebut ditamatkan. Katanya suatu masa dahulu tiada masalah untuk mencapai perjanjian kontrak 8 tahun. Namun apabila ada bos baru katanya habis bola sepak menjadi mangsa.

Baginda turut menyebut bahawa Telekom gagal menjelaskan bayaran penajaan untuk musim ini yang berjumlah RM60 juta untuk diagihkan kepada semua pasukan bertanding. Namun perkara ini telah dinafikan oleh TM dalam satu kenyataan media baru-baru ini.

Untuk pengetahuan, TM dan MFL dikatakan mempunyai kontrak tajaan bernilai RM480 juta bagi 8 tahun nilai tajaan bermula 2018 hingga 2025. Namun mereka (TM) dikatakan gagal oleh MFL untuk membayar duit tajaan tahun ini.

Kredit Foto : Telekom Malaysia

Related Posts

Add Comment