Penamatan Kontrak TM, Iflix Kekal Penaja & Penyiar Rasmi Liga Malaysia. Semalam menerusi laman sosial Malaysian Football League (MFL) menyatakan penamatan kontrak dengan Telekom Malaysia (TM) sebagai penaja utama Liga Malaysia kerana pelanggaran kontrak yang dipersetujui. Dengan ketiadaan penaja utama sudah pastinya akan memberi kegusaran kepada pihak MFL.
Walaupun bagaimanapun, penyokong bolasepak tempatan tidak perlu risau kerana kontrak hanya ditamatkan dengan Telekom Malaysia (TM) sahaja, Iflix masih kekal penaja dan penyiar rasmi saingan Liga Malaysia.
Penamatan Kontrak TM, Iflix Kekal Penaja & Penyiar Rasmi Liga Malaysia
Ketua Pegawai Pemasaran iflix, Jason Monteiro tampil meredakan kebimbangan dalam kalangan peminat bolasepak Malaysia dengan menegaskan pihak Iflix sentiasa menaruh keyakinan tinggi kepada MFL justeru memberi jaminan kepada semua pihak khususnya penyokong bola sepak tempatan bahawa iflix sentiasa berdiri teguh memberikan sokongan kepada MFL pada musim ini.
Menurut katanya lagi, “Kita percaya bola sepak bukan sahaja milik rakyat Malaysia tetapi ia adalah hak kepada penyokong untuk menikmati sukan ini yang diangkat menjadi sukan nombor satu dalam negara ini.
“Jadi kami ingin menjelaskan dan memastikan kepada peminat bahawa iflix sentiasa memberikan sokongan kepada bola sepak, akan sentiasa terus melabur dalam bola sepak tempatan dan kami memastikan tidak kira apa yang akan berlaku, kami iflix memastikan semua peminat masih dapat menonton di iflix yang menjadi rakan penyiar rasmi.
Jason Monteiro menjelaskan lagi, “Kami sebenarnya sangat gembira dengan perkembangan syarikat kami sendiri sejak bekerjasama dengan MFL. Jadi, kepada peminat di luar sana kami turut meminati sukan bola sepak seperti kamu dan kami akan memastikan iflix sentiasa berada di sisi,”
“Sebagai organisasi membawa penaja masuk ke MFL, kami sentiasa yakin penaja akan sentiasa datang (menaja MFL) dan menunjukkan MFL adalah satu syarikat korporat yang dijalankan dengan penuh profesional,”
Kredit Foto : La Bola Malaya
Sumber : FOXsports Asia