Nampaknya kenyataan yang dikeluarkan oleh Persatuan Bolasepak Kedah pada sebelum ini untuk membawa kes Akhyar rashid ke Mahkamah Timbang Tara hampir menjadi realisasi.
Ini selepas KFA membuat satu kenyataan baru bahawa mereka sekarang sudah berada di fasa terakhir untuk kes pemain muda ini.
Sebelum ini, Kedah FA mengatakan bahawa pemain mereka Akhyar Rashid telah dibawa ke Johor DT melalui cara yang salah dan mereka masih lagi mempunyai kontrak bersama pemain tersebut.
Untuk itu, mereka telah memfailkan permohanan untuk membawa kes itu ke Mahkamah Timbang Tara, dan kes ini sudahpun difailkan kepada barisan peguam beberapa minggu yang lalu.
Kedah FA dan barisan peguam mereka kini dalam proses terakhir iaitu untuk mendakwa tiga pihak iaitu Akhyar Rashid, Johor Darul Ta’zim dan FAM.
Juara bertahan Liga Super Johor DT difailkan dengan dakwaan bahawa mereka telah menggunakan pintu belakang atau telah membuat tapping up dalam mendapatkan AKhyar untuk bersama pasukan itu.
Manakala pihak Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pula didakwa atas dakwaan gagal untuk mengatasi isu tersebut apabila menolak rayuan jumlah pampasan kontrak pemain berusia 19 tahun itu.
“Apa yang pasti, tiga pihak akan diheret dan segala maklumat mengenainya tidak boleh didedahkan. Biarlah peguam melakukan kerja mereka dan kita tunggu pengumuman rasmi daripada persatuan saja.
“Apapun, KFA tetap dengan pendirian dan tidak akan berganjak daripada matlamat asal untuk menuntut keadilan dan juga memperbetulkan sistem bola sepak negara supaya pasukan tidak lagi dibuli oleh sesetengah pihak,” katanya.
Meskipun KFA mahu membawa isu perpindahan Akhyar ke CAS, namun perkara itu tidak menghalang Johor Darul Ta’zim daripada mengumumkan Akhyar sebagai pemain mereka. Bahkan, pemain skuad bawah 19 tahun negara ini sudah menjalani beberapa perlawanan pra musim bersama pasukan barunya.