Jangan Terlampau Kagum Dengan JDT – Sathia

Pada hari jumaat ini (1.3.2019) akan berlangsungnya pertembungan diantara pasukan Selangor dan Johor Darul Ta’zim dalam saingan Liga Super untuk perlawanan kelima liga. JDT kini menduduki tempat kedua dibelakang pasukan pasti tidak mahu kalah walaupun bertandang ke tempat lawan manakala Selangor menduduki tangga ke-8 sudah pasti mahu memastikan mereka tidak terus ketinggalan mata dan memperbaiki kedudukan semasa.

Oleh itu, jurulatih mereka B.Sathianathan memperingatkan pemain pasukannya agar tidak terlalu kagum dengan skuad JDT. Anak buahnya juga diperingatkan agar tidak terlalu gentar dengan pasukan pelawat itu pada hari jumaat ini.

Jangan Terlampau Kagum Dengan JDT – Sathia

 

Dengan ini, kami mestilah memberikan aksi 100% ketika menentang pasukan Harimau Selatan tersebut walaupun sedar pemain yang berada di pasukan lawan sangat berkualiti tinggi.

“JDT adalah pasukan hebat, jarang kalah dan mempunyai pemain berkualiti baik tempatan mahu pun import. Barisan simpanan mereka juga ramai dalam kalangan skuad kebangsaan.

“Kami hormati JDT tetapi kami akan bermain cara kami, cuba bagi 100 peratus. Seperti biasa, saya minta pemain saya supaya bekerja keras dan jangan terlampau kagum dengan kekuatan JDT biarpun sedar bukan mudah berdepan mereka,” katanya seperti dilaporkan oleh Utusan Malaysia.

Selain itu, dalam sesi latihan pada hari semalam, turut kelihatan adalah pemain import baru Selangor iaitu Sandro Da Silva turut serta menjalani latihan dengan pasukan Selangor.

Ini juga antara senjata tambahan buat pasukan Selangor bagi mengharungi liga super kali ini dan mereka (Selangor) mengharapkan agar import ini dapat membantu pasukan berbanding import lepas.

“Saya tidak berharap kepada Sandro semata-mata, sebab kena ingat kami juga ada ­Khyril dan Fandi. Jangan fikir itu (mengharapkan Sandro seoarang), sebaliknya kita perlukan pemain berkualiti bagi membina satu pasukan yang kuat.

“Kita tidak seperti JDT, Pahang, Kedah, Terengganu, Perak. Mereka sudah lama berada di tahap tertinggi dan sekadar menambah jentera untuk menguatkan barisan mereka.

“Akan tetapi, Selangor dalam 2 hingga 3 tahun ini banyak pertukaran. Jadi saya harap dengan masa singkat ini kita setanding dengan pencabar utama,” katanya lagi.

Related Posts

Add Comment